Tuesday 5 April 2011

"Ustaz" Ahmad Nazib bakal tewaskan Abang Johari di Satok?




Gambar di atas ialah merupakan gambar calon pilihanraya bagi DUN Satok dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nazib bin Johari, yang akan berdepan dengan calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, penyandang kerusi DUN Satok.

Kacak benar Ahmad Nazib. Sekilas pandang, pastinya membuat gadis-gadis tidak tidur malam. Manakan tidak, selain memiliki rupa paras yang kacak, Ahmad Nazib merupakan calon muda AMK dari PKR yang mampu menggugat tokoh politik PBB, Abang Johari.

Ahmad Nazib memberitahu rakyat Satok bahawa dia adalah graduan lulusan Universiti Malaya, lulus hebat dalam jurusan Undang-Undang Syariah, dan merupakan seorang USTAZ di kawasan Satok. Dia mahir membaca ayat-ayat lazim! Begitulah dakwanya.

Selain itu, dia juga meminta rakyat supaya memberikan undi padanya memandangkan dirinya adalah "seorang muslim yang baik", "seorang suami dan ayah yang sangat setia dan baik kepada isteri dan anak-anaknya". Dia suami dan bapa "mithali". Itu kempennya.

Bertuahlah rakyat Satok kerana bakal memperolehi pengganti Abang Jo yang muda, "kacak", berkelulusan tinggi, "alim", "warak", "kuat agama", "setia dan sayangkan isteri", "bapa yang baik" dan "tidak sosial" serta pandai menjaga imejnya sebagai pemimpin yang berpotensi untuk berstatus "anugerah Tuhan"!

Jadi, apa kata orang Satok? Lihat gambar di atas, adakah gadis di sebelahnya itu isterinya? "Alim" dan "warak" sungguh "ustaz" Ahmad Nazib, ya?

Gambar ini diambil dari facebooknya yang sudah di"pusing" sedikit namanya kepada "nazib ahmad dayangku". Sehingga kini, akaun FB itu masih ada gambar ini. Tak tahulah selepas pendedahan ini, "tuan"nya akan padamkan akaunnya!

5 comments:

  1. Ustaz rock... cari makan atas keruntuhan rumahtangga orang lain agaknya. Cayalah... Orang-orang Satok, kitak semua kasi ustaz tuk hilang duit pertaruhan. Nya sik kenal Abang Joe kah? entah2 masuk universiti Yayaan Sarawak berik duit.

    ReplyDelete
  2. http://theunspinners.blogspot.com/2011/04/ketua-amk-sarawak-calun-satok-dan.html\


    i baruk nemu u,hebat duhal ustaz tok.boleh tahan uuu,

    ReplyDelete
  3. Jangan nya berat sbelah ja dah la............

    ReplyDelete
  4. Kalau sesapa yang tgk betul2 gambar calon PKR ini...perempuan di sebelahnya tu adalah hasil superimpose komputer. Tak percaya...cuba tgk bayang-bayang perempuan tu. Bayang-bayangnya ke kanan manakala bayang-bayang lain seperti motor dan papan tanda ke hadapan. Manakala terdapat kecacatan yang nyata pada pertindahan antara badan perempuan tersebut dengan badan calon PKR itu. Dunia sudah semakin hapir ke akhir zaman bila fitnah semakin berleluasa.....

    ReplyDelete
  5. Iman,

    wow ..terer betul siapa yg boleh superimpose gambar macam tu ..pernah tengok bolasepak kat stadium waktu malam ..ada 4 bayang-bayang kalau lampu kat stadium ada 4

    ini amik gambar kat tepi jalanraya waktu malam yg mmg banyak lampu ..pergh, memang terer siapa yg boleh superimpose gambar tu

    ReplyDelete