Friday, 8 April 2011

Edisi Miri: Pembangkang di Miri mula bermain politik kotor..!!!




Nampaknya pembangkang di Sarawak sudah mula main kasar. Budaya politik pembangkang dari Semenanjung ini sudah menular ke Sarawak. Di Miri, beberapa poster gergasi yang susah payah dinaikkan oleh Barisan Nasional dikhabarkan telah disabotaj oleh individu tidak dikenali, disyaki dari parti pembangkang, DAP.

Budaya seperti ini tidak pernah dilaporkan berlaku pada mana-mana siri Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sebelum ini. Namun, kejadian sabotaj di Miri ini membuktikan bahawa parti politik pembangkang sudah mula bermain politik kotor dan jijik di negeri Bumi Kenyalang ini.

Insiden yang berlaku di DUN Pujut, Miri ini, benar-benar mencemarkan amalan demokrasi yang selama ini dijaga oleh Kerajaan BN. Selama ini, pihak pembangkang sering menuduh dan memfitnah kononnya BN tidak mengamalkan demokrasi. Namun kini, rakyat di Pujut boleh menonton sendiri betapa tidak demokrasinya pembangkang di Malaysia!

Seharusnya, budaya seperti ini perlu ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira di Sarawak, Sabah mahupun di Semenanjung Malaysia. Amalan mensabotaj parti lawan bukan saja tidak demokratik, malah boleh dianggap satu amalan yang tidak bertamadun dan tidak bermoral.

Ternyata bandar Miri yang selama ini dikuasai oleh DAP begitu takut dengan kebangkitan rakyat yang kembali menyokong BN sebagai pembela nasib mereka. Mereka sudah lama hidup tanpa sebarang kemajuan di bawah pembangkang, dan kini mereka ingin beralih angin untuk memilih BN yang ternyata mampu merencanakan perubahan yang pesat membangun dan menguntungkan.

DAP yang selama ini "selesa" di Miri begitu takut dan kelihatan terdesak apabila bertindak merobohkan poster-poster BN di sekitar Miri. Mungkin mereka bimbang dengan masyarakat Cina Miri yang mahu bertukar arah kepada BN. DAP sudah "desperado"!

Bagaimanapun, penulis menyarankan agar pihak BN Miri bersabar dan jangan lekas melatah dengan permainan kotor dan ganas pembangkang ini. Budaya buruk ini mungkin asing bagi BN Miri, dan harus dihadapi dengan tenang. Harapnya, BN Miri jangan bertindak melulu dan teruskan berkempen secara sihat seperti sediakala.

Jangan dilayan sikap buruk dan bodoh pembangkang, kerana BN tidak pernah meletakkan parti keramat ini pada kedudukan yang terhina sebagaimana yang dilakukan pembangkang. Jelas pembangkang begitu hina dan jijik, dan BN tetap kekal harum gagah di hati rakyat!

Oleh: Biak Kacak!

1 comment:

  1. Semuanya pembangkang yang jahat... Orang2 BN semuanya baik ker? Semuanya malaikat ker?

    ReplyDelete