Nampaknya budaya politik racist telah berjaya dibawa masuk oleh DAP dari Semenanjung ke Sarawak. Hasutan Violet Yong terhadap rakyat Sarawak, khususnya yang berbangsa Cina, ternyata bakal menghancurkan keharmonian dan perpaduan kaum serta etnik di Sarawak.
Violet Yong, ADUN Pending yang mewakili DAP, cuba menyemarakkan sentimen budaya politik perkauman apabila mempersoalkan mengapa hanya Melayu dan Melanau untuk menjadi Ketua Menteri. Dia berkata, kaum Cina harus memerintah Sarawak. Malah, dikhabarkan bahawa masyarakat Melayu dan Melanau harus dinyahkan dari terus menguasai Sarawak.
Sedarkah Violet Yong bahawa dia sedang bermain "api" yang bisa membakar dan merosakkan perpaduan kaum dan etnik di Sarawak? Apa perlunya dia bermain politik perkauman di Bumi Kenyalang ini?
Selama ini, pelbagai kaum dan etnik hidup bersatu. Meskipun terdapat segelintir dari mereka yang berbeza pendapat dan fahaman politik, namun hidup rakyat aman tanpa perasaan prejudis terhadap bangsa lain, termasuklah kaum Cina.
Mengapa perlu dia rosakkan keharmonian ini? Sudah tidak ada modal berkempen, kah? Mengapa perlu bermain isu sensitif yang mampu memporak-perandakan perpaduan kaum di Sarawak?
Siapa kata kaum lain selain Melayu dan Melanau tidak pernah menjadi Ketua Menteri? Apakah dia lupa bahawa bekas Ketua Menteri Sarawak sebelum ini, Stephen Kalong Ningkan berbangsa Iban! Itu jelas menunjukkan bahawa BN mengamalkan kesamarataan hak bagi kesemua kaum di Sarawak, khususnya kaum pribumi.
Mengapa perlu menyatakan bahawa kaum Cina tidak diberi peluang untuk menjadi pemimpin atau Menteri. Cuba lihat di Sarawak, begitu ramai Menteri dan Menteri Muda dipilih dari kaum Cina, sebangsa dengan Violet Yong. Itu menandakan kaum Cina juga diberi keutamaan.
Sebenarnya, Violet Yong cemburu kerana dia tidak pernah menjadi Menteri sebagaimana kaum Cina lain dari parti SUPP. Dari itu dia sengaja bermain sentimen perkauman busuk dengan meracun pemikiran kaum Cina di Sarawak.
Dia tidak menjadi Menteri kerana politiknya yang hanya tahu membangkang dan tidak tahu buat kerja. Apa yang Violet Yong buat ketika dia jadi ADUN Pending? Apa jasanya selain berpeleseran dan berpoya-poya dengan pemimpin lelaki DAP ke sana ke mari. Apabila tiba musim pilihanraya, baru dia jumpa rakyat untuk menghasut membenci Kerajaan, itu saja kerjanya di Pending.
Lihatlah betapa busuk hatinya Violet Yong terhadap kaum lain di Sarawak. Dia cuba mencetus huru-hara dikalangan kaum dan etnik Sarawak. Ada segelintir kaum Cina yang berjaya diracun pemikiran. Mereka ini perlu berfikir secara waras kembali.
Sesungguhnya, keamanan dan perpaduan kaum di Sarawak lebih penting berbanding sifat racist yang ada pada Violet Yong dan DAP. Rakyat Sarawak perlu menghargai dan menjaganya supaya tidak menjadi barah di Bumi Kenyalang ini. Violet Yong dan DAP harus ditolak habis-habisan!
Oleh: Biak Kacak!
No comments:
Post a Comment