Sunday, 10 April 2011

Masyarakat Sibu bakal menderita jika memilih DAP..!!!

Barisan pemimpin SUPP Sibu yang bakal mencampak DAP ke Batang Rajang!

Sebagaimana kita sedar dan arif, Bandar Sibu yang dibangunkan Kerajaan untuk menjadi bandar "transit" di antara Miri dan Bintulu ini didominasi oleh masyarakat Cina Foo Chow. Adalah agak mengejutkan apabila dikhabarkan bahawa lebih separuh dari mereka telah di"racun" oleh DAP dan PKR!

DAP dan PKR tidak ada modal kempen lain selain berkempen "Ubah!" yang terpampang di poster gergasi di sekitar bandar Sibu. Pada DAP dan PKR, mungkin mereka cuba menyampaikan pada rakyat Sibu bahawa mereka ingin merubah Kerajaan BN Sarawak kepada Kerajaan Pakatan Haram Sarawak. Mereka mahukan kuasa itu di"ubah" dari BN kepada mereka. Mereka mahukan kuasa!

Tapi, tahukah rakyat Sibu bahawa DAP dan PKR kini sudah memiliki Selangor dan Pulau Pinang. Namun tidak ada sesuatu perubahan yang baik pun dilakukan. Malah, nasib rakyat Selangor dan Pulau Pinang yang dulunya begitu baik, berubah menjadi mimpi ngeri! DAP dan PKR merubah kehidupan rakyat mundur ke belakang!

Manifesto pilihanraya di semua negeri jajahan Pakatan Haram itu di"tong sampah"kan begitu saja. Segala janji manis yang dijual pada PRU-12 yang lalu, begitu mudah dilupakan selepas berjaya menjajah negeri-negeri di Semenanjung.

Rakyat di negeri-negeri itu kini menyesal dan berikrar akan merubah kembali kepada BN. Siapa menyangka "ubah!" di Selangor dan Pulau Pinang dibalas dengan derita dan airmata rakyat selepasnya!

Sila lawati Selangor dan Pulau Pinang. Tanya pada rakyat yang hidup di negeri-negeri itu betapa derita dan "sakit"nya hidup mereka sekarang. Jangan tanya pada Khalid Gagap dan "perompak-perompak" Kerajaan Negeri Selangor, tentunya mereka takkan mengaku. Jangan juga tanya pada Guan Eng dan konco-konconya, takkan mereka nak mengaku "berak tengah jalan". Tanya pada rakyat dibawah.

Mahukah rakyat Sibu menerima nasib seperti rakyat Selangor dan Pulau Pinang? Dulu mereka dijanjikan bantuan RM2000 untuk anak negeri yang berjaya masuk universiti. Namun sehingga sekarang, tiada sebarang bantuan pun diberikan sebagaimana yang dijanjikan oleh manifesto mereka. Kosong! Zero! Itu baru salah satu manifesto, banyak lagi yang mereka mereka "buat-buat tak tahu"!

Berlainan pula di Kedah. Azizan Razak (PAS), Menteri Besar Kedah awal-awal lagi mengakui tidak bersedia mentadbir negari itu. Azizan kata susah nak mentadbir negeri Kedah. Malah dia mengaku setelah mendapat kuasa, barulah dia tahu bahawa Pakatan Haram Kedah tak mampu nak menunaikan manifesto PRU-12 yang mereka janjikan!

Tadi saya sempat menghadiri siri ceramah SUPP yang diadakan berhampiran RH Hotel di Bandar Sibu. Saya tidak faham pun ceramah politik itu sebab ia disampaikan di dalam bahasa Cina. Namun, saya pasti bahawa SUPP berusaha memberitahu bahawa DAP, PKR dan PAS hanya menipu rakyat Sibu! Dan saya fikir, SUPP yang mewakili BN tidak tergamak untuk menipu rakyat sebagaimana sifat yang ada pada DAP dan PKR!

Terserahlah kepada masyarakat Sibu, khususnya masyarakat Cina, sama ada mahu memilih DAP ataupun BN. Saya tidak memaksa. Namun, jika mahu rasa ditipu, dibohong dan di"jual hidup-hidup" oleh DAP dan PKR seperti di Selangor dan Pulau Pinang, silalah...

No comments:

Post a Comment