Kali ini, DAP menggunakan slogan "Ubah!" di dalam kempen mereka. Maksud "ubah!" yang mereka war-warkan di poster-poster gergasi yang "lumayan" harganya itu membayangkan bahawa DAP mahu rakyat Sarawak mengikut telunjuk mereka untuk mengubah Kerajaan BN Negeri Sarawak.
Kenapa mahu di"ubah"? Katanya Kerajaan BN Sarawak sudah lama berKetua Menterikan Pehin Seri Taib Mahmud. Katanya, BN korup. Katanya, BN jahat. Katanya, BN menyeleweng dan tidak menjaga kebajikan rakyat.
Penulis kata kepada DAP Sarawak, "Bullshit!!!".
Benar, memang benar Pehin Seri Taib Mahmud sudah mentadbir Sarawak selama 30 tahun. Lama, satu jangka masa yang lama. Namun, dalam masa 30 tahun pentadbirannya di Sarawak, siapa yang boleh menafikan segala jasa dan misi pembangunan di Sarawak yang telah di"polah"nya?
Penulis cabar! Siapa yang mampu menyatukan rakyat Sarawak dahulu berselerak di seluruh sekitar pedalaman Sarawak dan memberikan sebuah kehidupan yang lebih menjamin seperti hari ini. Hak mereka terbela dan segala kebajikan mereka sebagai pribumi Sarawak terjaga dengan baik! Itu fakta.
Dan kini, Taib sudah mengumumkan pengundurannya selepas Pilihanraya DUN Sarawak kali ini. Maknanya, bakal ada proses peralihan kuasa yang aman di Sarawak. Taib akan turun dari kerusi Ketua Menteri Sarawak. Jadi untuk apa DAP minta rakyat Sarawak ubah (turunkan Taib), sedangkan beliau memang mahu turun dari terus menjadi Ketua Menteri?
Sebenarnya, rakyat dan Kerajaan Sarawak sudah lama berubah. Hanya DAP dan pembangkang Sarawak yang lain saja yang belum berubah! Rakyat sudah lama berubah kehidupan mereka. Dahulu, rakyat Sarawak hidup susah, namun kini mereka lebih senang, mewah dan maju dibawah pemerintahan BN Sarawak.
Cuba lihat betapa besarnya rumah-rumah di Sarawak. Lihat saja betapa pesatnya kemajuan yang dibawa BN di bandar Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu. Namun pelik, dikhabarkan bahawa masyarakat di bandar-bandar itu, terutamanya masyarakat Cina, lebih cenderung untuk memilih pembangkang atau DAP.
Jelas sekali mereka yang merupakan bukan bumiputera Sarawak tidak tahu berterima kasih dan berkemungkinan minda mereka telah diracun DAP. DAP sememangnya sejak dulu memainkan isu perkauman dan hak pribumi di dalam kempen meraih undi rakyat.
DAP tidak pernah sensitif dengan tindakan mereka itu dan menyebabkan masyarakat pribumi dan bukan bumi mencurigai dan prejudis di antara satu sama lain. Hal tidak elok dan negatif ini direncanakan DAP tanpa disedari masyarakat Cina dan akhirnya timbul kemelut perkauman yang lebih teruk.
Hakikatnya, hanya rakyat Sarawak saja yang bisa memilih. Undi ditangan mereka. Sebenarnya mereka lebih bijak berbanding DAP dan pembangkang lain. Mereka tahu hanya BN mampu menjamin kehidupan yang lebih selesa di masa akan datang. Penulis harap rakyat Sarawak terjemahkan sokongan mereka kepada BN dan masa depan anak-anak bangsa mereka pada kertas undi pada 16 April ini.
Oleh: Biak Kacak!
No comments:
Post a Comment