Baru-baru ini Anwar yang dipercayai pernah berlakon sebagai "lelaki bertuala putih" telah mengumumkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya pembangkang menang pada Pilihanraya DUN Sarawak kali ini.
Heh! Siapa Baru Bian? Pernahkah dia menang pilihanraya? Pernahkah dia masuk menyertai sidang DUN Sarawak? Pernahkah dia berbahas di dalam Dewan? Pernahkah dia berjasa kepada seluruh rakyat Sarawak?
Baru Bian hanya seorang lawyer. Sebagai seorang lawyer, tentunya dia seorang yang licik berkata-kata, pandai memutar belit kata dan pandai memberikan alasan. Jika tidak bagaimana dia nak "menggoreng" kes di depan hakim?
Percayakah anda kepada seorang lawyer seperti Baru Bian? Baru Bian tidak lebih seperti Ambiga, Lathifah Kooya, Zaid Ibrahim, Karpal, Gobind yang lawyer-lawyer lain yang menyokong pencabul seperti Anwar! Tentulah mereka sokong Anwar sebab mereka kaya mendapat komisyen mempertahankan seorang yang disahkan "peliwat" oleh mahkamah! Tinggi bayarannya..!!!
Baru Bian ni pula, tak pernah menang pilihanraya. Kalahhh...je memanjang! Sudah 2 kali dia bertanding, dua-dua bungkus! Kali ini dia fikir dia mampu menang. Maklumlah, ada Anwar dibelakangnya kali ini. Biasalah, Anwar kan suka main belakang!
Oleh kerana dia asyik kalah bertanding, maka tentulah dia tidak ada pengalaman langsung masuk DUN Sarawak. Entah pernah masuk dewan ke tidak? Kalau masuk pun sekadar jadi pemerhati saja kot? Tak pun dia jadi "coffee boy" untuk ADUN DAP..?!!!
Habis tu, macamana nak jadi Ketua Menteri ni kalau DUN pun tak pernah masuk? Tahu ke angkat sumpah kat Dewan tu? Bukan macam angkat sumpah kat mahkamah tau. Kat DUN ada protokol, ada tatatertib yang perlu dipatuhi. Jangan ikut style Nizar, Nga & Ngeh tiga sahabat tu pulak! Kang tak pasal-pasal je kena halau keluar...
Tak pernah jadi ADUN pun Anwar ada hati nak letak Baru Bian jadi CM? Gila ke apa? Lantik Baru Bian jadi CM, bagaikan melantik seorang pengawal jadi kapten pergi perang. Habis anak-anak buah mati kena tembak pasal kaptennya tak tau berperang! Tau pegang senjata saja, tapi nak tembak pun menggigil-gigil!
Err..Anwar suka-suka mak bapak dia saja nak letak Baru Bian jadi CM, SNAP dah bagi kebenaran ke? Dan bagi tahu SNAP ke? Tak malu betul si Anwar ni, dah la datang dari luar, dah tu nak naikkan nama orang dia jadi CM? So, senanglah nak kebas duit negeri Sarawak tu? Alaaa..bukan orang tak boleh baca niat dia tu..kat Selangor buktinya!!!
Confident betul Anwar nak lantik Baru Bian jadi CM. Padahal belum tentu PKR menang majoriti pilihanraya DUN Sarawak ni. Kalau PKR hanya menang 1 - 2 kerusi DUN saja macamana??? Nak lantik Baru Bian jadi CM jugak? Paloiiii...!!!!!
Pasal dia tahu PKR takkan menang di Sarawak dan dia pun tahu Baru Gian eh Bian tu takkan menang di Be'kalalan. Itu pasal dia confident jeh... hahah
ReplyDelete