Sunday, 10 April 2011

GEMAR: Angkara sabotaj DAP - Markas PAS Santubong di kedai bekas jual babi

Oleh Rajahmas


Sudah samak ke belum?

Akibat terlalu ghairah hendak berpolitik di Sarawak, akhirnya PAS tersilap pilih tempat untuk dibuat markas. Inilah maklumat yang Rajahmas perolehi daripada rakan di tempat tersebut.

Menurut sumber PAS dikatakan telah meminta bantuan DAP Sarawak untuk membantu menyediakan tempat dijadikan markas untuk kempen pilihanraya DUN Negeri yang akan dibuat tidak lama lagi.. 

Bagaimanapun, disebabkan kesukaran untuk mencari tempat sesuai akhirnya rumah kedai yang pemiliknya tidak digunakan lagi dipilih sebagai markas mereka. Apabila diselidik, rupanya tempat itu dulu pernah dijadikan kedai untuk menjual memotong dan menjual daging khinzir. Nauzubilllahiminzalik.

Inilah bentuk pengajaran kepada sesiapa yang asyik mengutuk dan mencaci kepimpinan Islam untuk menukarkannya kepada kepimpinan DAP.  Mereka menghina tanpa sedar dalam keadaan mereka sebenarnya dihina rakan sepakatan. Jadi jika sesiapa nak tolong sahkan silalah pergi sendiri ke Pekan Lundu untuk ambil gambar banyak-banyak

Rajahmas sebenarnya meragui takkanlah PAS tergamak menggunakan ruang kedai seperti itu untuk dijadikan markas. Adakah ini benar? Wallahualam. . Tetapi kalau benar, sebagai orang Islam saya malu melihat PAS DIBABIKAN OLEH DAP!

No comments:

Post a Comment