Friday, 15 April 2011

Sam Ketot..!!! Jangan kamu tunjuk samseng di tempat kami..!!!




Apa hak Sam Ketot untuk menghalang jentera BN berkempen? Tempoh berkempen masih lagi belum tamat. Apa hak Sam Ketot untuk merampas risalah kempen milik jentera BN? Risalah BN tersebut adalah untuk menyedarkan rakyat tentang pembohongan PKR di Sarawak. Apa hak Si Ketot ini untuk menghalang?

Panas hati penulis bila membaca di sini mengenai perangai samseng Shamsul Iskandar Mat Akin di tempat orang. Buat malu orang Semenanjung saja. Datang tidak berjemput, elok dihalau saja keluar dari Bumi Rentap ini. Budak Ketot tak sedar diri ini tidak layak untuk berada di sini.

Mujurlah penulis berada di Sibu. Jika penulis berada di Kuching dan di Restoran Nasi Ayam Penyet, Jalan Ajibah Abol tersebut, sudah tentu bertambah ketot si Sam Ketot ini dipijak.

Amaran dari rakyat Sarawak kepada Shamsul Iskandar. Jangan sesekali tunjuk samseng di Bumi Kenyalang ini. Jika tidak, silap-silap Sam Ketot ini tidak jumpa "jalan pulang" ke Semenanjung. Ini tempat kami, rakyat Sarawak. Jangan tunjuk samseng di rumah orang!

Shamsul orang Melayu, kami pun orang Melayu. Tapi kami tahu jaga tatasusila kami ditempat orang. Kadang-kadang jika kami ke Sarikei yang jaraknya hanya satu jam dari Sibu, kami tetap menghormati rakan-rakan kami di daerah itu.

Tidak seperti Sam Ketot yang datangnya dengan belon, tapi berani tunjuk lagak di negeri kami! Kami harap Sam Ketot tidak lagi berani berbuat demikian. Jangan hanya disebabkan kepentingan politik, Shamsul berkurang ajar di Bumi Kenyalang ini.

Ini bukan soal politik. Ini soal perangai, "attitude"! Memang kami orang BN. Tapi, jika kami bukan orang BN pun, dan Shamsul bersikap sedemikian di hadapan kami, rasanya mungkin bertabur gigi juga akibatnya.

Penulis pernah jua ke Semenanjung. Tapi penulis tidak pernah biadap atau berlaku kurang sopan di sana. Ingat, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Harap Sam Ketot terima teguran keras ini.

4 comments:

  1. rupanya rakyat sarawak masih bodoh memilih pemimpin yg lorup dan menimbunkan harta rakyat di gengamannya.tindakan PR untk menyedarkan rakyat sarawak sudah hmpir tercapai dgn penerimaan baik rakyat utk menmbah kerusi di DUN..suatau hari nanti nescaya dikdator tua korup tu akan tersungkur.

    ReplyDelete
  2. Mi Mercik: Sapa diktator tua? Nik Aziz ke? Eh..kan dia kata,kalau mahathir letak jawatan pagi,petang tu dia pun letak jawatan jugak.Apacrita sampai sekarang tak lepas jawatan lagi?

    Seberang laut nampak,depan mata....tak nampak!

    Kah kah kah kah!

    ReplyDelete
  3. Jangan bagi can si Sam Ketot. Kami orang semenanjung halalkan darah Sam Ketot dan pengikut2nya yang kurang ajar.
    Dia nipun kamek sik mauk di Malaya. Kalau boleh bagi karate tengkok next time dia datang Sarawak.

    ReplyDelete