Petang semalam, puas rakan-sakan berhubung di antara satu sama lain bertanyakan dimanakah lokasi terkini Anwar Ibrahim berada. Dari satu kawasan ke satu kawasan dihubungi. Dari satu DUN hingga ke satu DUN yang lain. Namun, Anwar masih gagal dipastikan kedudukan lokasi sebenarnya.
Jangan risau, kami mencari Anwar bukan untuk bertanyakan tentang jam tangan Omeganya. Kami mencari Anwar kerana ada "beberapa individu" yang mengejarnya. "Individu-individu" itu datang jauh dari Semenanjung. Katanya, "mereka" nak cabar Anwar dan bersumpah akan me"londeh" semua "kisah-kisah gelap" penipu antarabangsa itu!
Nak tahu siapa yang mengejar Anwar? Mereka adalah Nallakaruppan (bekas tukang arrange Anwar berpoya-poya dengan lelaki jambu/wanita), Ezam Mohd Noor (bekas orang no.1 Anwar yang teraniaya dan sudah insaf), dan Ummi Hafilda (adik kandung Azmin Ali!).
Kata mereka, rakyat Sarawak tidak banyak tahu tentang latar belakang Anwar yang sebenar. Oleh kerana mereka ini sanggup mati & sangat rapat dengan Anwar dan Azmin suatu masa dahulu dan kini mereka sudah insaf, mereka ingin memperbetulkan kesilapan masa lalu dengan mendedahkan tentang siapakah Anwar di sebalik tabir.
Akhirnya, sudah malam, barulah rakan-rakan berjaya mengesan dimanakan penipu besar dari Semenanjung itu berada. Ketika di kesan, Anwar berada di Tupong, menjaja cerita tipunya pada rakyat Sarawak. Tak tahulah rakyat di Tupong tertipu atau tidak.
Menurut rakan-rakan, Nallakarupan, Ezam dan Ummi berazam untuk turut berada di mana saja lokasi Anwar berada. Namun mereka akan ada di pentas yang berlainan. Mungkin kerana cabaran mereka untuk berdebat dengan Anwar ditolak "pondan tua" itu sebelum ini, maka mungkin ini adalah salah satu usaha mereka untuk berdebat dengan Anwar.
Sebelum ini, hanya Ezam saja yang berkesempatan untuk berdebat di Sarawak. Itu pun dengan Azmin saja. Azmin tak best di ajak berdebat, dayusnya mengalahkan "pondan tak laku"! Teruk Azmin di belasah Ezam di Kampung Boyan/Gersik.
Harapnya, Ezam, Nalla & Ummi sempat mengejar Anwar dalam masa-masa terdekat ini. Hanya tinggal lebih kurang 4 hari saja lagi. Kalau jumpa dengan Anwar, jangan lupa beritahu kami di mana Anwar berada. Selepas itu, siaplah Anwar di"londeh"kan sampai tak berani tunjuk muka lagi di Sarawak...
Tahu di mana Anwar berada sekarang???
No comments:
Post a Comment