Ketua PKR Lanang meluahkan rasa tidak puas hati setelah pucuk pimpinan PKR telah memberikan kerusi DUN Dudong untuk ditandingi DAP pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini.
Ketua PKR itu dikatakan telah bertungkus lumus selama lebih 3 tahun di kawasan DUN Dudong bagi menarik penduduk setempat untuk menyertai PKR. Namun akhirnya, dia telah dinafikan oleh PKR untuk menjadi calon. Malah PKR telah menutup pintu padanya untuk bertanding di kawasan tersebut setelah memberikan kerusi DUN tersebut kepada DAP.
Marahnya bukan kepalang. Puas Ketua PKR di Cabang Lanang bekerja kuat selama tiga tahun. Namun hasilnya, DAP pula yang bertanding di kawasan tersebut. Tapi, itu sudah menjadi kebiasaan di dalam amalan PKR. Pucuk pimpinan tidak peduli dengan kehendak akar umbi, calon pilihan Anwar tetap menjadi pilihan.
Sudahlah tidak dicalonkan di mana-mana DUN sekalipun, Ketua Cabang Lanang ini terlepas pula peluang untuk bertanding di kawasan yang dikendong dan dibelanya selama ini. Sakit hati tidak terkiralah!
Seperkara yang menjadi perhatian penulis. Rupa-rupanya pemimpin PKR Lanang ini sebenarnya tidak ikhlas menabur budi ke kawasan DUN Dudong selama 3 tahun ini. Rupa-rupanya di sebalik kerajinan dan usaha perjuangannya, dia mahu dibalas untuk dipilih parti sebagai calon! Tiada ikhlas dihatinya untuk membantu rakyat Sarawak!
Sememangnya itu juga menjadi kebiasaan pemimpin PKR. Di Semenanjung pun pemimpin PKR begitu. Mereka tidak ikhlas di dalam perjuangan mereka. Mereka mengharap agar diberikan sesuatu keuntungan, barulah mereka akan berusaha lebih rajin.
Contohnya, Zaid Ibrahim. Setelah dia lompat masuk PKR, dia bercita-cita nak jadi Timbalan Presiden PKR. Dia fikir Anwar akan menyokongnya. Namun jangkaannya jauh meleset. Dia tidak kenal siapa Anwar. Anwar lebih sayangkan Azmin dan nahaslah siapa yang mencabar "madu"nya itu.
Akhirnya Zaid terpinggir dan terus melompat keluar PKR. Oleh kerana "malu" lompat kembali ke pangkuan UMNO, Zaid menubuhkan parti KITA. Itupun tidaklah sekuat mana. Namun Zaid mampu menarik lebih 5,000 orang menyertai parti barunya itu. Mereka itu semuanya golongan yang kecewa dengan PKR.
Seperkara lagi, "telur" PKR sememangnya dipegang oleh DAP. Samalah seperti di Semenanjung. Jika di Sarawak, PKR menyerahkan DUN Dudong kepada DAP, di Semenanjung pula Khalid Ibrahim menyerah dirinya bulat-bulat kepada DAP. Hasilnya, ramai kontraktor Melayu PKR dan PAS yang marah akibat semua projek dibolot oleh puak-puak DAP. Ada yang menyesal, malah ada yang sudah lompat kembali bersama UMNO dan BN!
Sebenarnya, BN di Semenanjung sudah masak benar dengan perangai DAP, PKR dan PAS. Di Semenanjung, boleh dikatakan setiap hari parti-parti pembangkang ini membuat kacau. Sekiranya tidak berdemo, maka mereka akan menabur fitnah melalui ceramah tanpa permit. Bila Polis suruh bubar ceramah, mereka salahkan polis dan merusuh. Bila Polis tangkap, mereka kata Polis zalim dan berat sebelah! Itulah Pakatan Haram Jadah dari Semenanjung!
Justeru itu, sudah ramai ahli-ahli PKR dan rakyat yang sudah menyesal menyokong parti pembangkang. Baru-baru ini saja di Pulau Pinang, lebih dari 3,000 orang dari PKR telah kembali ke pangkuan BN di dalam masa sehari. Mereka sudah serik dengan korupsi, nepotisme, pilih kasih, sandiwara, kronisme, penipuan dan pembohongan pembangkang.
Bila lagi Ketua-Ketua Cabang PKR di Sarawak mahu kembali ke pangkuan BN? "Iboh ja berjuang dengan sidak ya, sidak ya hanya bulak pada kitak semua, kamek tuk nak ada bukti kukuh bah, bahawa sidaknya sik boleh dipercaya, sama-samalah ya kitak tolak pembangkang pada pilihanraya kelak nak.."!
Oleh: Biak Kacak!
Pilihan Raya kali ini memiliki ramai calon yg bertanding & tidak kurang juga rakyat yg beralih arah menyokong parti pembangkang.Rakyat mahukan perubahan & bebas rasuah.
ReplyDelete