Ternyata disebalik kelewatan pengumuman nama-nama calon di N15 Muara Tuang yang diumumkan pada sekitar jam 1.30 tengahari semalam mengundang padah pada parti pembangkang yang diwakili oleh PAS.
PAS pada mulanya sudah bersorak-sorai keliling kampung dan blogger-blogger PAS seluruh Malaysia sudah bertepuk tangan mendakwa bahawa PAS bakal menang percuma di Muara Tuang apabila protes yang mereka lakukan terhadap calon BN hampir menjerat calon dari PBB iaitu Datuk Ali Mahmud.
Namun, dengan kebesaran dan takdir Allah, Alhamdulillah, Ali Mahmud telah diterima bertanding setelah protes tersebut diselesaikan dengan mudah, dan menyaksikan Ali Mahmud bakal berdepan dengan Noraini Hamzah dari PAS.
Ketika nama Noraini Hamzah diumumkan sebagai calon, terdengar satu suara yang agak kuat mendesak agar calon PAS itu menlangsaikan "hutang"nya. Hutang apa? Bila Noraini berhutang? Kepada siapa dia berhutang?
Melalui beberapa rakan tempatan di Muara Tuang, individu yang mendesak calon PAS itu agar membayar hutangnya itu ditemui. Rupa-rupanya, Noraini pernah memohon pinjaman dari Amanah Ikhtiar bersama rakan-rakannya untuk tujuan berniaga kecil-kecilan.
Pinjaman tersebut perlu dibayar setiap minggu secara berkumpulan. Setiap individu di dalam kumpulan tersebut perlu menjelaskan jumlah hutang masing-masing dan wang yang terkumpul oleh kumpulan tersebut perlu diserahkan kepada pemiutang. Sekiranya mana-mana individu tidak membayar bahagiannya, maka individu lain dalam kumpulan itu perlu membantu dan menambah bayaran tersebut sehingga mencukupi.
Rupa-rupanya, Noraini dikhabarkan sering "skip" membayar pinjaman tersebut. Kadang-kadang, Noraini dikatakan tidak mampu membayar pinjaman tersebut dan kadang-kadang pula, dia seolah-olah lupa tanggungjawabnya untuk membuat bayaran. Akibatnya, individu-individu di dalam kumpulan Noraini terpaksa tolong bayar bagi pihak Noraini.
Begitulah ceritanya. Oleh kerana Noraini kini menjadi calon PAS untuk bertanding di N15 Muara Tuang, maka dia dianggap "kaya" oleh rakan-rakan kumpulannya itu, dan mereka minta dia jelaskan "hutang-hutang"nya sebelum ini. Biarpun Noraini masih layak bertanding di Muara Tuang, harap dia bayarlah balik wang rakannya itu. Takkan itupun PAS tak boleh "settle"?
ahaks....gini ler ghupenye nk jadi pemimpin rakyat nieee....huhu diri sendri pun x terpimpin....ini ker yg terbaik PAS ada????kpd rakyat Sarawak..fikir2kan lar...
ReplyDeleteHahahaha .... is this the best you can do PAS, PKR? Lawak lawak ... memang Raja Lawak .... tak payahlah buang letrik aku ....
ReplyDelete