Saturday 9 April 2011

PAS jenis "tak faham bahasa" dicederakan penduduk kampung..!!!

Lain kali..nak masuk kampung orang..tengok banner ini dahulu...!!!

Inilah muka-muka "tak reti bahasa" itu...

Kerana degil mengikut kata nafsu hati yang gilakan kuasa, seorang pencacai PAS yang berfikir menggunakan "kepala lutut"nya telah menerima habuan setelah dicederakan oleh penduduk kampung Kuap, di N15 DUN Muara Tuang.

Menurut rakan blogger, Rajahmas di sini, sekumpulan pencacai PAS telah cuba memasuki kampung tersebut untuk berkempen. Namun mereka dihalang oleh penduduk kampung Kuap yang terkenal sokongan padu mereka kepada BN.

Hasilnya, berlakulah pertengkaran yang akhirnya mengakibatkan seorang dari mereka cedera. Cedera sedikit saja, bukan teruk kena belasah macam puak-puak PAS & PKR lakukan pada penyokong BN di Semenanjung tu! Di Semenanjung, puak pencacai PAS seperti mereka sanggup serang Puteri UMNO sampai koyak rabak baju T-shirtnya!

Itu pun pencacai-pencacai PAS tersebut telah membuat laporan polis. Mengada-ngada dan manja. Sudahlahh degil. Tak diizinkan masuk "rumah orang", PAS nak masuk juga. Terimalah habuan. Datang tidak berjemput, malah dipersilakan keluar dengan baik, tapi bagai "tak reti bahasa", PAS tetap degil. Kan dah kena sebijik!

Sebenarnya, penduduk Kampung Kuap itu bukanlah nak bertindak begitu. Namun, mungkin cara yang digunakan oleh pencacai PAS itu agak kurang ajar dan tidak berhemah. Kalau tidak, mana mungkin mereka ditolak dengan begitu keras sekali. Rasulullah dahulu berdakwah dengan bersenjatakan akhlak terpuji, bukan dengan politik tidak bermoral dan maki hamun yang dianjurkan oleh Nik Aziz itu!

Penulis menyarankan agar pencacai-pencacai PAS berfikir menggunakan akal ketika berkempen, bukan dengan "kepala batu besar ada duduk!". Seharusnya mereka sedar bahawa mereka bukanlah pilihan rakyat kerana mereka tidak layak pun menjadi alternatif BN di negara ini, khususnya di Sarawak. Rakyat Sarawak lebih berhak dan bijak membuat pilihan mereka.

Lain kali, sebelum masuk ke kampung orang, berikan "salam" terlebih dahulu. Penuhkan ilmu di dada dahulu sebelum berjuang. Bak orang muda kata, "sebelum menyerbu masuk, pakailah helmet!". Kan dah kena. Lepas tu nak salahkan BN pulak? Memang susah manusia jenis tak mengaku salah sebegini. Maksumnya mengalahkan Nabi!

Oleh: Biak Kacak!

1 comment:

  1. Di Perlis, orang PAS bunuh budak 7 tahun tapi pemimpin mereka buat mcm tak ada apa pun. Itu lah cara dakwah PAS

    ReplyDelete