Tuesday 22 March 2011

VIDEO: ORANG SEMENANJUNG DAH KENA TIPU, SEKARANG GILIRAN ORANG SARAWAK PULA




Inilah parti PAS. Hanya pandai mengambil kesempatan dan menagih undi PROTES daripada rakyat untuk menang pilihanraya. Nak buat macam mana, kalau nak tunggu rakyat sokong pasal kredibiliti parti memimpin rakyat dalam mimpi bolehla, oleh yang demikian, itu saja cara yang mampu di buat oleh PAS untuk memperolehi undi..

Mula-mula DAP, penghapusan Tol Sg Nyior akan dijadikan umpan kepada rakyat untuk memperolehi undi semasa PRU12 tetapi sehingga sekarang janji tinggal janji walaupun DAP telah memerintah Pulau Pinang. Pelbagai alasan diberikan dengan menyalahkan pihak lain 

VIDEO SELEPAS LONCATAN








Kemudiannya giliran Anwar Ibrahim pula menabur janji-janji manis kepada rakyat.Tipu rakyat nak turunkan harga minyak. Kes liwat pun tak selesai lagi dah kemaruk sangat nak jadi Perdana Menteri..Bagi dulu DNA tu...baru cerita nak jadi Perdana Menteri.


Sekarang giliran PAS pula nak jadi hero rakyat. Hari tu pasal pinjaman pelajaran sekarang ni menabur janji menipu rakyat nak mansuhkan saman ekor pula...terdesak sungguh puak-puak ni nak mentadbir negara..Sampai nak kena anjur demo nak bankitkan kemarahan rakyat.

Agak-agaknya puak-puak ni berbincang tak sesama sendiri dalam pakatan haram sebelum mereka buat keputusan. Bukan apa...janji bagaikan nak rak nak bagi free itu dan ini kepada rakyat tapi takut nanti jadi macam kes di Selangor dan Kelantan. Puak-puak ni sama sendiri tak setuju dengan keputusan yang dibuat...

Sudah-sudahla menipu rakyat..Jangan Isu ini sebagai propaganda pakatan haram untuk menipu rakyat Sarawak pula...cukup-cukup lah menipu rakyat yang ada di semenanjung Malaysia. Buktikan dulu janji-janji yang dibuat semasa PRU12 dilaksanakan dengan ikhlas..jangan nak salahkan orang lain kalau tak mampu nak buat. Sekarang ni rakyat dah pandai menilai parti mana yang ikhlas nak memperjuangankan kepentingan rakyat..bukan masa pilihanraya saja baru nak muncul dengan janji-janji yang diri sendiri tak dapat nak tunaikan....

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang. 
“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” katanya.- Harakah


1 comment:

  1. Takde ke orang yang menyiarkan dalil-dalil kenapa PAS DAP dan PKR tidak boleh mengambil alih kerajaan Sarawak berdasarkan janji-janji yang dibuat pada PR 12 lalu sampai sekarang tidak ditunaikan dan juga perkara-perkara yang berlaku terbalik daripada apa yang dijanjikan?

    ReplyDelete