Monday, 28 March 2011

PRU Sarawak: Ketua Cabang PKR Miri ialah doktor gugur bayi?


Hasil dari maklumat dari "grass root", temubual dengan pemandu teksi serta penduduk tempatan, CTS telah mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah klinik "maternity" atau rawatan untuk perempuan-perempuan mengandung dan bersalin di bandar Miri, Sarawak yang telah digunakan sebagai klinik utama pusat penguguran bayi secara haram.

Klinik yang dimaksudkan adalah Teo's Clinic. Terletak strategik di bangunan rumah kedai di Bandar Miri ini khabarnya dimiliki oleh Dr Micheal Teo Yu Ken.

Hasil maklumat orang ramai memberitahu CTS, klinik berkenaan telah lama digunakan sebagai pusat penguguran bayi secara haram.


Ini kerana menurut mereka, dalam masyarakat Cina di sana, kalau pasangan suami isteri mendapat anak perempuan adalah satu "sial" dan ditolak keluarga. Itu sebab bayi berkenaan perlu digugurkan.

Tambahan lagi, menurut sumber lagi, kebanyakan perempuan simpanan atau "mistress" dan pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti sumbang juga akan mengambil tindakan yang sama sekiranya keterlanjuran mereka membuahkan janin di dalam perut.

Menurut mereka lagi, acap kali, janin-janin yang tidak cukup bulan ditemui di dalam tong-tong sampah yang berhampiran dengan klinik berkenaan. Tinjauan CTS selama 3 hari ke atas klinik berkenaan gagal mendapat kerjasama dari staf dan doktor yang bertugas.

Dr Micheal Teo Yu Ken adalah merupakan Ketua Cabang PKR Miri dan diwar-warkan antara calon yang disebut-sebut untuk bertanding di salah satu DUN Miri. Beliau juga merupakan calon yang pernah menawarkan diri bertanding menentang Timbalan Ketua Menteri.

Apakah Rakyat Miri sanggup menerima "pembunuh" seperti Dr Micheal Teo sebagai calon mereka dan mengangkat calon PKR ini sebagai ADUN mereka?

Apakah Dr Micheal Teo berani menafikan beliau bukan sebagaimana yang didakwa oleh rata-rata Masyarakat Miri di situ?
 
 


 

DIpetik dari Cucu Tok Selampit

3 comments:

  1. i got circumcised here year 2000... hehehe^^

    ReplyDelete
  2. Then sokong parti pembangkang yg lain.

    ReplyDelete
  3. did your girlfriend come to that clinic for abortion? im going to tell your wife...LOL

    ReplyDelete