Tuesday, 22 March 2011

WI-FI DI PULAU PINANG, BUKTI RAKYAT SARAWAK AKAN DIMUSNAHKAN DAP!!!





Jeff Oii, Ahli Parlimen Jelutong berkata, tiada faedahnya menyediakan Wi-Fi percuma di tiga kawasan di Pulau Pinang iaitu Kepala Batas, Gelugor dan Nibong Tebal kerana kononnya peruntukan tidak mencukupi. Hakikatnya Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Nibong Tebal bukanlah kawasan DAP, malah tidak memberi peluang kepada DAP untuk menang di kawasan tersebut. 


Alasan yang diberikan oleh Jeff Oii sebenarnya adalah alasan yang sangat dangkal dan sememangnya membuktikan DAP adalah parti chauvinist yang hanya akan berbuat baik apabila mereka disokong. Ia samalah keadaannya seperti DAP berbaik-baik dengan PAS di Semenanjung dan bekerjasama di Sarawak kerana beranggapan parti tersebut boleh menarik sokongan orang Islam kepada DAP. 
Sekalipun Setiausaha  Agung DAP, Lim Guan Eng kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa semua kawasan akan diberikan Wi-Fi tanpa mengira kawasan berkenaan di bawah jajahan takluk DAP atau sebaliknya, tetapi kenyataan tersebut telah pun terlewat sebenarnya. Cubaan Lim Guan Eng untuk menutup sikap dan perangai buruk DAP yang menganiayai masyarakat yang tidak menyokong mereka, telah gagal sepenuhnya. 

DAP di Sarawak cuba membangkitkan tentang ketidakadilan yang dilakukan oleh Taib Mahmud dan Barisan Nasional. Namun semenjak dari mula mereka bersuara sehinggalah sekarang, apa yang mereka lakukan hanyalah bising dan terus bising, tanpa sedikit pun menunjukkan fakta dan bukti. Sesuatu yang perlu diakui ialah, apa yang dilakukan oleh DAP itu, sekalipun tidak benar, akan menimbulkan persepsi yang sangat buruk terhadap Taib Mahmud dan Barisan Nasional Sarawak. Ini bukan zaman di mana bukti dan fakta yang dipentingkan, sebaliknya cakap-cakap berterusan akan menyebabkan ia dianggap sebagai satu kebenaran. 

Ini telah dilakukan dengan jayanya oleh Anwar Ibrahim di Semenanjung. Kebanyakan daripada isu yang dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR adalah isu-isu fitnah. Bagaimanapun, dari tahun 1998 sehingga 2011, beberapa isu yang tidak diambil serius oleh UMNO dan Barisan Nasional akhirnya dianggap sebagai cerita benar. Contoh terbaik ialah bagaimana Anwar Ibrahim cuba mengaitkan kematian Altantuya Shiiribu. Sekalipun tidak mempunyai bukti, namun cerita itu dimainkan dengan bersungguh-sungguh. Ia bukan sekadar dimainkan di ceramah-ceramah tetapi juga di dalam blog sehingga sebahagian daripada mereka yang berotak separuh menerima cerita tersebut sebagai cerita benar. Justeru, apabila Anwar Ibrahim enggan menyerahkan DNAnya secara sukarela kepada mahkamah, PKR segera menggerakkan kempen agar Najib Abdul Razak menyerahkan DNAnya untuk kes Altantuya Shiiribu biarpun ia sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung. 

Jeff Oii yang merupakan Pengerusi Pasukan Bertindak Komunikasi Pulau Pinang menggunakan alasan peruntukan sebagai sebab mengapa perluasan wi-fi tidak boleh dibuat. Namun apa yang dapat dibaca daripada kenyataannya ialah, DAP hanya akan membantu para penyokong mereka sahaja. Mana-mana kawasan yang tidak menyokong mereka akan dipinggirkan terus. Perkara yang sama akan berlaku di Sarawak. Jembalang DAP hanya akan menyokong atau menaikkan masyarakat penyokong DAP dan meminggirkan kaum lain yang dilihat memusuhi dan tidak memenangkan DAP. 

Kalau di Pulau Pinang pun, DAP sudah menggunakan kuasanya untuk meminggirkan orang lain, Sarawak pastinya akan mengulangi semula perbuatan kaum penjajah. Masyarakat pribumi dan Bumiputera Sarawak akan dipinggirkan langsung memandangkan masyarakatn pribumi dan Bumiputera Sarawak merupakan penyokong kuat Barisan Nasional. Biarpun PKR dilaporkan akan bertanding di 42 buah kerusi DUN, secara relatifnya PKR adalah budak bodoh DAP yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diarahkan oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. 

Perhatikan sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang. DAP tidak akan sama sekali menukar kaedah mereka apabila diberikan kuasa kerana DAP adalah parti chauvinist yang diwujudkan untuk satu kaum di samping memperdayakan kaum-kaum lain bagi memastikan kaum mereka kekal di puncak kuasa. Di dalam DAP tidak ada istilah berkongsi kerana DAP bermaksud semua pihak perlu berkongsi untuk diserahkan kepada DAP dan DAP akan menggunakan perkongsian tersebut untuk menaikkan Lim Kit Siang ke puncak kuasa. 

Kalau perkara sekecil wi-fi di Pulau Pinang pun, DAP sudah menunjukkan keserakahan dan kekejamannya, pasti isu-isu besar di Sarawak seperti pembalakan, penguasaan sektor perniagaan, kewangan, perbankan, pendidikan dan Tanah Adat akan digunakan oleh DAP untuk menekan pribumi dan Bumiputera Sarawak agar tunduk sujud kepada mereka. Kalau wi-fi di Pulau Pinang pun, DAP sudah menunjukkan kekejaman mereka, pastinya Sarawak yang kaya dengan segala macam komoditi dan mineral akan menyebabkan DAP bertukar menjadi Keluarga Brooke bermata sepet di Sarawak!

Tidak mustahil jikalau Lim Kit Siang atau proksinya akan bertanding dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini!!!

No comments:

Post a Comment