Tuesday, 22 March 2011

Video skandal seks Anwar: Konspirasi pilihanraya Sarawak dan kes liwat II?


Oleh: Biak Kacak
Rata-rata rakyat agak gempar dengan terdedahnya video skandal seks Anwar Ibrahim dengan pelacur yang kononnya didalangi oleh seorang individu yang hanya mahu menggelar dirinya “Datuk T”. Selepas pecahnya cerita ini, maka Anwar pun dikerumuni oleh para wartawan yang mahu mendengar komen pemimpin “anugerah Tuhan” ini.
Dengan sekelip mata, Anwar menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Dan dengan sekelip mata, Anwar dengan mudah menagih simpati rakyat dan sekaligus menudingkan jarinya kepada pihak Barisan Nasional. Bagaikan “serampang dua mata”, isu terkini yang panas ini telah menguntungkan pihak Anwar.


Siapa Datuk T? Khabarnya, Datuk T merupakan seorang individu yang telah mengambil alih tempat dan tugas Datuk Nallakaruppan yang telah meninggalkan Anwar tahun lepas. Siapa Nalla? Datuk Nalla adalah bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun dan menjadi “balaci” kepada “peliwat” itu selama perkenalan mereka.
Apa tugas Datuk Nalla? Selain menemani Anwar bermain tenis setiap hari, Nalla mempunyai “tugas-tugas khas” yang berbentuk sulit. Untuk butiran lebih jelas tentang tugas-tuga tersebut, bolehlah bertanya kepada adik perempuan Nai Presiden PKR, Azmin Ali, atau sila teruskan bertanya kepada Datuk Nalla sendiri.
Agak menghairankan mengapa Datuk T mendedahkan perkara ini kepada umum di saat Sarawak bakal menghadapi pilihanraya dan kes liwat II Anwar sedang turut berlangsung di mahkamah. Namun, yang pastinya, isu ini telah memberikan keuntungan kepada Anwar!
Menurut beberapa teori dan pendapat rakan-rakan rapat penulis, perkara ini sengaja didedahkan oleh pihak tertentu untuk menarik simpati rakyat terhadap pertuduhan kes liwat yang sedang dihadapinya.
Dengan rasa simpati rakyat terhadap Anwar membabitkan kes skandal video “ciptaan”nya sendiri ini, maka secara automatik, Anwar mampu menarik simpati rakyat terhadap kes liwat Iinya juga. Kononnya di aniaya pihak tertentu. Mungkinkah dia akan menggunakan kembali ungkapan “konspirasi peringkat tertinggi” lagi?
Yang keduanya, setelah rakyat simpati kepadanya, maka dengan mudah dia akan menuding jari kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional sebagai bertanggungjawab menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya. Sekaligus ianya memberikan impak positif untuk parti politik pembangkang pada pilihanraya Sarawak ini.
Yang ketiganya, jika benar pun Anwar yang “berlakon” di dalam video tersebut, Anwar pun turut mendapat “sedap” secara percuma, dan dengan senang hati menyalahkan orang lain bagi semua dosa-dosa tersebut. Mudah bukan? Terfikirkah kita betapa liciknya Anwar?
Namun, itu hanyalah teori. Anwar sudah membuat laporan polis dan kita tunggu sahaja hasil siasatan kes ini. Penulis tidak mahu campur kes ini kerana penulis sendiri belum tengok video tersebut.
Lainlah Anwar, mungkin dia sudah tengok video ini apabila dengan “selamba” memberitahu bahawa lelaki yang “menyerupai” dirinya di dalam video tersebut mempunyai perut yang “lebih buncit” darinya.
Betulkah lelaki tersebut lebih buncit dari perut Anwar? Bila Anwar tengok video tersebut, sedangkan video tersebut dimainkan pada awal pagi di mana Anwar sedang menghadiri sidang parlimen dan dia terus membuat sidang akhbar mengenai video itu di Parlimen! Pelik, bila masa dia tengok?

3 comments:

  1. Salam, Anwar bagi kenyataan pasal perut buncit tu berdasarkan komen dari YB Johari Abdul.. Kau tak tengok youtube ke? cuba search dan tengok pasal kenyataan YB Johari tu. Jangak asyik dok baca Utusan je...

    ReplyDelete
  2. Lupa lak nak kasi link ke youtube... http://www.youtube.com/watch?v=BixsQvMWSjg

    ReplyDelete
  3. apa lak tak tengok lagi...si johari 'mata duitan' abdul ni memang terkenal sebagai pembohong dan penipu, macam gak lah Anwar tu, maalah kini berjuta juta rakyat malaysia mula kenal pakatan pembangkang sebagai pakatan penipu

    kau bila lagi nak sedar myphmaster

    ReplyDelete