Friday 18 March 2011

Fitnah & Janji Kosong - Nadi Jantung Pakatan Rakyat di Sarawak


Parti pembangkang semakin hilang keyakinan di Sarawak walau pun tarikh pilihanraya belum lagi diumumkan. Pergolakan dan ketidakpuasan sesama mereka di dalam pembahagian kerusi begitu menonjol sekali. Yang paling jelas ialah tindakan Presiden Sarawak National Party (SNAP), Edwin Dundang yang mengumumkan parti itu akan bertanding di sebanyak 40 buah kerusi daripada 71 buah kerusi DUN Sarawak. Di dalam sidang media, beliau turut mengumumkan 16 calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri itu.

Pegumunan awal oleh parti SNAP itu kerana mereka mahu PKR tahu bahawa mereka mendakwa bahawa mereka sudah mempunyai individu berkelayakan untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut. Malah, Presiden SNAP itu telah mendedahkan bahawa PKR bersikap kuku besi serta menuntut terlalu banyak kerusi untuk bertanding dan tidak langsung berbincang dengan parti lain mengenai calon mereka.

Dek kerana kerakusan PKR itu, mungkin akan berlaku isu pertembungan pelbagai penjuru sesama rakan di dalam Pakatan Rakyat ketika pilihan raya sesama rakan di dalam Pakatan Rakyat termasuk kemunculan pihak lain seperti Parti Cinta Malaysia (PCM) atau Bebas.

Tindakan itu secara langsung telah mempertikai kesetiakawanan di dalam parti pembangkang serta betapa rapuh sebenarnya ikatan sesama parti di dalam pakatan rakyat. Tindakan SNAP itu juga menunjukkan betapa parti PKR tidak pernah dihormati oleh parti-parti yang berakar umbi di Sarawak.

Malah, kerakusan parti PKR yang membolot 52 kerusi DUN serta menidakkan pengaruh SNAP di Sarawak dengan memberikan hanya 3 kerusi sahaja, merupakan titik permulaan kepada Pakatan Rakyat yang akan hancur semasa pilihanraya Sarawak kelak. Dan mana mungkin parti politik yang sudah lama bertapak di Sarawak diperbudak-budakkan oleh parti PKR, sebuah parti politik 'parti Semenanjung'.

Selain daripada pergelutan memilih dan meminta kerusi pilihanraya, pakatan rakyat dari awal-awal lagi telah memasang alasan murahan jika mereka kalah di Sarawak. Mereka menuntut supaya tempoh berkempen dipanjangkan hingga 21 hari kononnya disebabkan oleh faktor geografi Sarawak.

Padahal, secara logiknya, rakyat Sarawak hanya perlu menilai kekuatan dan sumbangan yang telah diperjuangkan selama ini oleh parti-parti yang bakal bertanding kelak. Malah, track record kecemerlangan parti politik tersebut juga merupakan bukti kukuh keberkesanan parti tersebut untuk menerajui negeri tersebut di masa hadapan. Kerana itu, gesaan memanjangkan tempoh berkempen itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa sebenarnya, parti pembangkang tidak ada sebarang bahan dan bukti yang menunjukkan bahawa parti itu adalah pilihan utama di Sarawak.

Parti pembangkang hanya pandai menabur janji-janji manis dan kosong serta bakal menghujani negeri Sarawak dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Gerak kerja yang disebutkan itu adalah nadi jantung parti pembangkang.

Tanpa fitnah dan janji kosong, bukan Pakatan Rakyatlah namanya!!

1 comment:

  1. Salam

    Mohon Jasa baik masukkan blog saya di dalam blog list
    http://sarawak2011.blogspot.com/

    Khas untuk pilihanraya sarawak 2011

    terima kasih

    ReplyDelete