Tuesday, 22 March 2011

APA SAKIT KIT SIANG KALAU TAIB MAHMUD TERUS JADI KETUA MENTERI?

Macam biasa, Kit Siang akan menggunakan 'teknologi tak sedar diri' sebaik-baik saja Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak mengumumkan, dia akan melepaskan jawatan Ketua Menteri sehabis Pilihanraya Negeri Sarawak nanti. Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada Isnin ini.

Kit Siang menggunakan bahasa yang sama ketika Tun Dr. Mahathir hampir melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003 dahulu. Satu Malaysia dipusingnya dan rakyat diberitahu bahawa Mahathir tidak akan melepaskan jawatan, sebaliknya akan menjadi Menteri Mentor dengan meletakkan anak lelakinya sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun, apabila Tun Mahathir tidak seperti yang dikatakan oleh Kit Siang, ahli politik yang pernah menjadi pencetus ketegangan kaum pada 1969 dahulu, terus mendiamkan diri.


Sekarang dia berbunyi lagi... sakit apa ntah kalau Taib Mahmud tak letak jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Selepas apa yang berlaku pada zaman Abdullah Badawi, ramai yang berharap Mahathir akan kembali mentadbir negara dan memulihkan semula kerosakan yang telah dilakukan. Bagaimanapun, Mahathir kekal sebagai 'orang luar'.

DAP tidak pernah berubah dengan Kit Siang kekal sebagai apex kuasa dalam parti tersebut. Letaklah sesiapa pun di dalam parti tersebut sebagai setiausaha agung, Kit Siang juga yang paling berkuasa. Dan sekarang, dengan jawatan tersebut dipegang oleh anak lelakinya, Kit Siang dan anaknya berkongsi kuasa tanpa dapat dikompromi oleh sesiapa pun. DAP adalah Keluarga Lim dan Keluarga Lim adalah DAP.

Kit Siang langsung tidak layak bercakap tentang pegangan kuasa. Sebabnya berbanding Kit Siang, Taib Mahmud telah banyak memajukan Sarawak sepanjang dia menjadi Ketua Menteri. Sarawak adalah negeri keempat yang menerima FDI paling besar di negara ini. Paling menarik ialah berbeza dengan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, FDI di Sarawak dibawa masuk oleh Taib Mahmud sendiri, sedangkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah bergantung sepenuhnya kepada entiti Kerajaan Pusat. Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat, langsung TAK BERGUNA dan TAK BOLEH DIHARAP UNTUK MEMAJUKAN NEGERI!!!

Corak berpolitik Taib Mahmud yang memesrakan masyarakat dan menyatukan, sememangnya tidak disenangi oleh Kit Siang. Sebabnya, apabila masyarakat bersatu dan bersatu, Lim Kit Siang dan DAP akan hilang kuasa malah mungkin akan lenyap selama-lamanya dari muka bumi ini. Dan kerana itulah, Kit Siang sentiasa berusaha 'membunuh' mana-mana pemimpin yang mempunyai upaya untuk berbuat begitu.

Sarawak bukanlah sebuah negeri yang mudah untuk diuruskan. Etnik dan sub-etnik yang pelbagai di Sarawak memerlukan seorang pemimpin yang berkemampuan untuk diterima. Lim Kit Siang melihat peluang ini untuk membolehkan DAP berkuasa menjajah negara ini. Caranya ialah pecah belahkan masyarakat dan wujudkan permusuhan antara satu sama lain. Kalau perlu, DAP dan Lim Kit Siang perlu menaikkan isu agama seperti yang dilakukannya dalam isu Bible berbahasa Melayu.

Selama 53 tahun Malaysia merdeka, masyarakat Kristian di negara ini bebas mengamalkan ajaran mereka dan membaca kitab Bible dalam semua bahasa. Namun apabila pilihanraya negeri Sarawak begitu hampir, Kit Siang telah menimbulkan isu Bible berbahasa Melayu yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Kuching dengan harapan, hasutannya akan menimbulkan kemarahan masyarakat Katholik kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Kit Siang sudah pun melakukannya pada 1969 dan dia tidak pernah berhenti untuk mewujudkan permusuhan antara kaum di negara ini. Sepatutnya dia bertanya kepada dirinya sendiri, sampai bila dia harus menongkat langit dalam usaha mengucar-ngacirkan negara ini.

Penzahiran hasrat Taib Mahmud untuk menyerahkan jawatannya pasti akan disambut dengan penuh teruja oleh DAP. Tanpa Taib Mahmud, mereka melihat lebih mudah untuk memecah belahkan masyarakat di Sarawak. Bukan itu sahaja, tanpa Taib Mahmud yang teruk difitnah oleh DAP kononnya menyakau kekayaan Sarawak untuk diri dan keluarganya, DAP lebih mudah untuk merompak hasil Sarawak seperti mana yang mereka lakukan di Selangor dan Pulau Pinang.

Perlu diingat, golongan manakah yang paling banyak menguasai sektor ekonomi di Sarawak tanpa pembabitan besar kaum bumiputera? Apa yang dilakukan oleh DAP sekarang ialah ingin memastikan bahawa usaha-usaha Taib Mahmud untuk memajukan masyarakat Bumiputera dan menarik penyertaan mereka ke dalam sektor ekonomi, sangat membimbangkan DAP.

DAP sudah melihat apa yang berlaku di Semenanjung. Pergantungan kepada kaum imigran dalam sektor ekonomi yang semakin mengecil, benar-benar membimbangkan. Ditambah pula dengan sektor pendidikan dalam negara yang lebih mementingkan aliran kebangsaan selain peluang perniagaan yang semakin banyak disertai oleh kaum Bumiputera dan Pribumi, tidak menyenangkan DAP dan Lim Kit Siang.

Satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah, kesungguhan Taib Mahmud untuk memperbanyakkan media membabitkan Bumiputera dan Pribumi, membuatkan DAP lebih cuak. Tanpa penguasaan total ekonomi, pendidikan dan media, DAP dan masyarakatnya hanya akan menjadi masyarakat Malaysia yang biasa dan bukannya pembuat ketentuan serta dasar seperti yang berlaku sekarang.

Jadi, Kit Siang memang sakit sungguhlah kalau Taib Mahmud terus diterima dan 'dipaksa' menjadi Ketua Menteri Sarawak!!!

No comments:

Post a Comment