Monday, 28 March 2011

Kesan FDI: Serangan peribadi kepada Taib, Jamilah jadi mangsanya!


Tahap Foreign Direct Intervention atau Pengacauan Langsung Asing kini semakin memuncak di Sarawak apabila pertubuhan dan ejen asing yang berkepetingan ekonomi terus mengasak kerajaan negeri ang dilantik secara demokratik demi menurut perintah ketua ketua mereka yang berpengkalan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dalang yang mengetuai gerombolan asign yang menyebarkan racun minda ini ialah adik kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, Clare Brown.



Gordon Brown paling terkenal dengan kejayaannya menipu rakyat Britain tentang wujudnya senjata pemusnah awam di Iraq dan menyokong keputusan Tony Blair untuk menyerang Iraq.



Setelah hampir satu dekad, kini rakyat duni mula sedar bahwa Gordon dan Blair adalah penipu besar yang telah menyebabkan kematian beribu ribu anak muda Britain yang dihantar ke Iraq dalam misi menakluk kekayaan minyak negara timur tengah tersebut.

Kini Brown menghantar adiknya untuk menjadi pengacau di Sarawak dan ini adalah sebahagian dari usaha mereka untuk menggugat keamanan di Malaysia dengan menyebar fitnah tentang kerajaan Negeri Sarawak.

Kempen fitnah dan bohong ini disambut oleh media alternatif yang di sokong oleh dana barat dan juga oleh Pakatan Penipu yang mengaku sebagai pembela rakyat.

BMF telah mengutip berbilion dolar tetapi wang itu entah ke mana, mereka menggunakan Sarawak sebagai modal mengutip derma - sama lah macam cara pembangkang di Malaysia beroperasi dengan mengadakan ceramah sensasi tentang isu semasa bagi mengutip derma walaupun yang diveritakan sebenarnya fitnah dan penipuan belaka
Meskipun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud sudah mengumumkan bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Ketua Menteri Sarawak yang dipegangnya sejak tahun 1981 itu selepas Pilihanraya Dewan Negeri Sarawak kelak, namun ‘serangan demi serangan’ tetap dilancarkan oleh pihak pembangkang di Sarawak melalui media propagandanya.

Terbaru, media propaganda pembangkang telah berniat jahat apabila melakukan serangan bersifat peribadi kepada Taib Mahmud lagi. Kali ini, berkenaan anak perempuan Ketua Menteri itu, Jamilah Taib dan suaminya, Sean Murray, yang dikatakan hidup mewah dan kaya raya di Kanada.

Memang benar mereka kaya di Kanada, atau lebih tepatnya di Ottawa, Kanada. Itu adalah rezeki mereka yang telah ditetapkan Tuhan. Salahkah? Takkanlah kita hanya berpuas hati melihat orang lain kaya dan senang lenang dan kita hanya hidup susah miskin dan tidak berkemampuan? Bukankah Tuhan menyuruh kita berusaha mencari kekayaan di dunia sebagai bekalan menuju ‘alam selepas’nya?

Demikianlah yang berlaku kepada Jamilah, anak perempuan Taib di Kanada. Selepas ayahnya berkhidmat sebagai Menteri Kabinet selama lebih kurang 18 tahun, mereka sekeluarga pulang ke Sarawak setelah ayahnya dilantik menjadi Ketua Menteri. Sudah tentu ayahnya menjual sebahagian asetnya di Semenanjung kerana mereka bakal menetap di Sarawak, kampung halaman sendiri.

Namun, suami Jamilah, Sean Murray, telah mengambil keputusan untuk kembali ke Kanada, negara kelahirannya dan menetap di sana. Dengan itu, sumber menyatakan bahawa Taib Mahmud telah meminjamkan sejumlah RM4 juta kepada anak perempuan dan menantunya itu. Wang tersebut adalah hasil dari penjualan beberapa buah rumah dan aset di Semenanjung, bukan dari Kerajaan Negeri!

Jamilah dan suaminya telah membeli sebidang tanah ladang dan wang selebihnya digunakan untuk melabur di dalam bidang hartanah di Ottawa. Ketika awal 80’an, Ottawa masih lagi dikategorikan sebagai ‘pekan kecil’ dan dikelilingi ‘kampung-kampung’. Kawasan itu kurang tumpuan dan tidaklah semaju sekarang.

Namun, bagaikan rezeki Jamilah yang hidup diperantauan, Ottawa telah menjadi tumpuan Kerajaan Kanada untuk dibangunkan dan kawasan itu telah dibangunkan dengan pesat. Ketika itu, tentunya Jamilah dan suami menerima “durian runtuh” apabila harga nilai hartanah melonjak ke paras yang tertinggi. Itu cerita di sekitar tahun 80’an.

Dan kini, sudah 2011, sudah lebih 30 tahun keluarga Jamilah di sana. Sudah tentu tidak menghairankan apabila keluarga itu menjadi antara keluarga jutawan yang terkaya di Ottawa, Kanada. Sepatutnya, rakyat Sarawak merasa bangga dengan rezeki dan pencapaian Jamilah, anak Sarawak yang berjaya di rantau orang. Itu membuktikan “Rakyat Sawarak boleh!”.

Namun, sifat dengki yang ada pada pihak pembangkang sememangnya menjadi darah daging mereka. Mereka cuba menimbulkan persepsi buruk terhadap Taib Mahmud sekeluarga. Mereka menuduh Taib Mahmud menyelewengkan wang perbendaharaan negeri Sarawak untuk keluarganya. Sesungguhnya inilah fitnah yang jahat yang datang dari minda yang busuk pembangkang.

Justeru itu, penulis memohon rakyat Sarawak agar tidak mempercayai propaganda jahat pembangkang di laman-laman web mereka itu. Meskipun laporan mereka seaakan-akan benar, namun sebenarnya segala laporan itu telah digubah untuk memalsukan segala kebenaran. Sudah menjadi kebiasaan pembangkang di Malaysia, fitnah, dengki dan buruk sangka sentiasa di hati mereka. Jauhilah mereka dari terus meracuni dan menjajah pemikiran kita.

No comments:

Post a Comment