Tuesday, 22 March 2011

KIT SIANG, MAHARAJAH IN THE MAKING!


Kalau anda rajin menyelak dan menyemak apa yang diperkatakan oleh para pengkagum Lim Kit Siang, pastinya anda akan tersenyum sinis. Anda tentu tidak dapat membayangkan bagaimana Lim Kit Siang diangkat sebagai anak Malaysia yang begitu cintakan negaranya dan bersedia untuk berhadapan dengan apa-apa sahaja tindakan ke atasnya. Dan gandingannya dengan anaknya sendiri iaitu Lim Guan Eng diangkat mengatasi segala-galanya di dalam dunia ini.

Wong Ho Leng, Ahli Parlimen Sibu yang juga merupakan orang kuat DAP Sarawak, menggambarkan Lim Kit Siang sebagai patriot yang sanggup mengorbankan apa-apa sahaja demi perjuangannya. Konon-kononnya Lim Kit Siang seorang yang sangat membenci korupsi, ketidakadilan dan penyelewengan kuasa. Dan cerita Lim Kit Siang diusir serta tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada tahun 1978 masih lagi dikumandangkan oleh Wong Ho Leng. (BACA DI SINI)
Benarkah Lim Kit Siang ditakuti oleh para pemimpin Barisan Nasional atau sebenarnya pemimpin kerajaan tidak cukup telur untuk mengambil tindakan ke atas Lim Kit Siang walaupun semua orang tahu bahawa Lim Kit Siang adalah antara pencetus Tragedi 13 Mei 1969.

Pilihanraya Negeri Sarawak, meskipun Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Zuraidah Kamaruddin mendahului Lim Kit Siang berkempen, ternyata Lim Kit Siang dan DAP meninggalkan jauh kaedah kempen yang ditunjukkan oleh PKR dan panglima-panglimanya. Meskipun DAP tidak sibuk hendak bertanding dalam banyak kerusi seperti yang dipamerkan oleh PKR, ternyata DAP dan Lim Kit Siang memilih kerusi yang mereka yakini menang bagi memberikan impak yang lebih besar serta kuasa desakan terhadap mana-mana pemimpin Barisan Nasional yang naik menguasai Kerajaan Negeri Sarawak selepas Pilihanraya Negeri nanti.

Tidak seperti PAS dan PKR yang menguar-uarkan harapan kosong bahawa rakyat Sarawak akan menumbangkan Barisan Nasional dan memberikan kemenangan kepada mereka, Lim Kit Siang dengan nada selamba berkata, Taib Mahmud hanya akan melepaskan jawatannya selepas Barisan Nasional dinafikan majoriti dua pertiga.

DAP di Sarawak tidaklah sekuat mana. DAP sukar menerima kerjasama daripada parti-parti tempatan yang lebih berteraskan kepada masyarakat Bumiputera, sedangkan DAP adalah parti Semenanjung yang sangat ketara kecinaannya. Disebabkan itulah DAP lebih popular dan menguasai kerusi-kerusi di mana masyarakat Cina adalah pendominasi di Sarawak.

Timbul persoalan, adakah benar Lim Kit Siang benar-benar seorang patriotik dan membenci korupsi dan penyelewengan kuasa seperti yang dikatakan oleh para penyokongnya di Sarawak?

Sudah tentu tidak!

Lim Kit Siang adalah seorang pemimpin politik yang berfahaman, kuasa harus berpusat kepadanya. Disebabkan itulah kita melihat bagaimana dari tahun 1964 sehingga kini, DAP sekadar berlegar-legar di sekeliling Lim Kit Siang dan ahli-ahli keluarganya. Mujur jugalah isteri Lim Kit Siang tidak tercebur sama di dalam arus politik. Kalau tidak, lengkaplah sebuah dinasti Lim yang menguasai sebuah parti politik seperti yang berlaku dalam PKR.

Sebaik-baik sahaja Taib Mahmud mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang ialah serangan peribadi terhadap Taib Mahmud. Taib Mahmud segera dipotretkan sebagai pelahap kuasa dan perompak hasil kekayaan negeri Sarawak. Dan ianya bersahut-sahutan dari kalangan pemimpin DAP.

Serangan yang dibuat oleh Lim Kit Siang terhadap Taib Mahmud jauh lebih tersusun dan jauh lebih kemas. Para pemimpin Barisan Nasional dan Taib Mahmud sendiri pastinya tidak sempat untuk menyahut atau menangkis setiap serangan tersebut. Dan yang pastinya serangan akan dilakukan secara bertali arus.

Apa sebenarnya yang dicari oleh Lim Kit Siang di Sarawak?

Sudah tentulah hasil kekayaan Sarawak dan pembangunan ekonomi yang telah dijalankan oleh Taib Mahmud. Menguasai Sarawak bererti menguasai sebahagian besar daripada Malaysia. Wong Ho Leng sendiri mengakui perkara tersebut di dalam blognya apabila dia melihat Menara Berkembar Petronas dari tingkap bilik hotelnya dan bertanya berapakah duit rakyat Sarawak yang digunakan untuk membina menara tersebut.

Kecenderungan pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan Sarawak dari Malaysia sangat ketara. Pulau Pinang sekalipun mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Sarawak, namun perlu diingat, Pulau Pinang masih mempunyai ikatan dengan Kedah, manakala Kedah pula merupakan sebahagian daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Dengan kata lain, Pulau Pinang menghadapi kesukaran untuk dijadikan sebagai sebuah wilayah autonomi atau keluar dari Malaysia.

Dan ianya tidak seperti Sarawak dan Sabah!

Kejatuhan Sarawak kepada parti-parti seperti DAP dan PKR akan menyaksikan Malaysia kehilangan komponennya yang utama iaitu Sarawak. Itu sebenarnya yang dicari-cari dan ditunggu-tunggu oleh DAP. Tidak ada sebab utama untuk DAP bertungkus lumus di Sarawak dengan mengenepikan parti-parti tempatan sebaliknya memilih untuk bekerjasama dengan PAS dan PKR yang juga dari Semenanjung untuk menguasai Sarawak kecuali untuk tujuan ini!!!

Kempen DAP dan Lim Kit Siang, kononnya dengan menjatuhkan Taib Mahmud di Sarawak akan menyelamatkan rakyat Sarawak daripada kebobrokan Taib Mahmud dan pemimpin BN tempatan yang lain, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan sebagai cara melindungi keserakahan para pemimpin DAP sendiri di Sarawak.

Dan hal ini dapat dilihat dengan mudah tentang hutan, pembalakan dan tanah adat yang isunya dimainkan oleh para pemimpin DAP walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya....

No comments:

Post a Comment