Wednesday, 16 March 2011

Pembangkang Sarawak takut pada kelibat Taib Mahmud!


 Menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak, para pembaca yang ingin tahu tentang skandal-skandal pentadbiran dan politik di Sarawak tentunya akan teruja apabila membaca di “sebuah website” yang sering memaparkan berita-berita sebegitu. Sudah menjadi kebiasaan, manusia sememangnya suka pada kontroversi.
Persoalannya, benarkah laporan yang kita baca pada website-website tersebut? Sekali baca, tentunya kita akan terpengaruh dengan penulisan mereka. Namun jika difikir panjang menggunakan akal yang waras dan rasional, ternyata segala-galanya hanyalah pembohongan pihak pembangkang semata-mata!


Sudah menjadi kebiasaan perang politik, sebuah website yang memburuk-burukkan Kerajaan, pastinya didalangi oleh pihak pembangkang. Justeru itu, tidak menghairankan jika tidak ada berita yang baik yang mereka laporkan, melainkan hal-hal yang buruk sahaja mengenai Kerajaan Sarawak.
Dan kali ini, sasaran utama media tidak rasmi pembangkang itu tertumpu kepada Pehin Seri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang paling lama, paling berpengalaman dan paling hebat dalam sejarah pentadbiran negeri Sarawak.
Mengapa pembangkang menyasarkan sasaran mereka kepada beliau, dan tidak kepada yang lain? Sebenarnya, Taib Mahmud diserang kerana dialah yang paling ditakuti, digeruni dan paling sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana pihak pembangkang. Pembangkang Sarawak takutkan Taib Mahmud!
Siapa yang tidak kenal Pehin Seri Taib Mahmud, “bapa kemodenan” Sarawak. Beliau sudah menjadi menteri penuh Kerajaan Persekutuan seawall Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kemudian, beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981, tahun yang sama Tun dr. Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri.
Boleh dikatakan Taib Mahmud pernah bekerja sengan semua Perdana Menteri Malaysia sejak pembabitan dirinya dengan karier politik. Berlatar belakangkan pengalaman yang luas di sepanjang kariernya inilah yang menjadikan Taib Mahmud begini arif dengan selok belok politik negara, khususnya di Sarawak.
Sebagaimana kita ketahui, Sarawak adalah sebuah negeri yang unik dan mempunyai kepelbagaian kaum, budaya, agama dan adat resam. Bukan mudah untuk menyatukan semua bangsa-bangsa di Sarawak ini dibawah satu “payung”. Dan individu yang bertanggungjawab menyatukan seluruh Sarawak itu tidak lain tidak bukan, Taib Mahmud.
Sekitar pentadbirannya sejak 1981, pelbagai kesusahan dan masalah yang dihadapinya seperti projek empangan Bakun, masalah etnik terpencil di sekitar Sarawak, sumber ekonomi utama rakyat dan negeri, dan banyak lagi. Namun, beliau dengan tenang berjaya menyelesaikan satu persatu masalah tersebut sehingga Sarawak menjadi di antara negeri terkaya di Asia Tenggara.
Bukan mudah untuk memerintah sebuah negeri yang luasnya satu pertiga dari jumlah keluasan Malaysia. Malah, keadaan geografi negeri Sarawak yang bergunung-ganang, berbukit bukau dan kepadatan penduduk Sarawak yang hanya mewakili 10 peratus dari penduduk Malaysia, tentunya agak sukar bagi mana-mana pemimpin untuk membangunkannya.
Namun, dengan iltizam yang kuat pada Taib, beliau berjaya menyediakan pelbagai kemudahan asas kehidupan kepada hampir seluruh Sarawak. Beliau berusaha dengan gigih dan dengan jaminan pertolongan dan sokongan kuat dari Tun Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, proses pemodenan negeri Sarawak berjaya dilaksanakan oleh Taib Mahmud.
Boleh dikatakan setiap rakyat negeri Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik telah mengecapi segala nikmat kemodenan yang dibawa oleh Taib Mahmud di Sarawak. Tidak mengira siapa dan di mana, setiap rakyat Sarawak amat menghargai dan cukup berterima kasih dengan jasa yang berikan oleh Ketua Menteri Sarawak ini.
Kemudahan seperti tempat tinggal, tanah adat, sumber ekonomi, kebebasan dan hak-hak rakyat terpelihara di bawah pentadbiran Taib Mahmud. Rakyat Sarawak umumnya hidup harmoni, selesa dan aman damai. Buktinya, bandingkanlah keadaan Sarawak sebelum tahun 1963 dan yang terkini. Pastinya ramai yang mengangguk mengakui kebenaran ini.
Namun kini, hanya kerana gilakan kuasa yang mereka anggap sebagai “lubuk emas” untuk mengumpul kekayaan, pihak pembangkang telah merosakkan keharmonian dan kehidupan aman damai rakyat di Sarawak. Mereka mula menghasut dan menceritakan perkara tidak benar tentang Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Segalanya kebenaran ini dinafikan oleh pihak pembangkang. Segala jasa Pehin Seri Taib Mahmud dinafikan, malah beliau dituduh sebagai korup dan menyeleweng! Penulis mencabar semua website mahupun pihak pembangkang agar melaporkan dakwaan mereka itu kepada pihak SPRM, PDRM dan mana-mana pihak berkuasa untuk membuktikan kebenaran dakwaan mereka.
Sesungguhnya, inilah taktik yang sering digunakan oleh pihak pembangkang di Semenanjung yang diketuai oleh PKR dan DAP, khususnya peliwat tegar negara, Anwar Ibrahim dan “Lim Kit Siang & Son”! Mereka-mereka ini adalah penjahat-penjahat dari Semenanjung yang cuba merosakkan negeri Sarawak sebagai mana yang mereka lakukan di beberapa buah negeri jajahan mereka di sana.
Justeru itu, penulis memohon jasa baik dari setiap rakyat negeri Sarawak agar bangkit menentang cubaan jahat penjajah-penjajah PKR dan DAP ini. Jagalah keharmonian dan kehidupan aman damai yang sedang dinikmati oleh seluruh rakyat Sarawak. Selamatkanlah diri dari ditipu oleh pihak pembangkang yang ingin merosakkan negeri Bumi Kenyalang kita. Ayuh! Tolak PKR, DAP, SNAP & PAS..!!!
“Iboh ja percaya ngan bulak sidak ya pembangkang, kelak dijualnya kita semua..!!!”

No comments:

Post a Comment