Tuesday, 29 March 2011

Gempar Dari Kelantan: Exco Kerajaan Negeri Tewas Rebut Jawatan YDP PIBG

by ruang bicara faisal

Gempar !
Gempar !
Gempar !

Sungguh memalukan !

Adun Wakaf Bharu Kelantan yang juga seorang Exco Kerajaan Kelantan, YB Che Abdullah Mat Nawi tewas dalam pertandingan merebut jawatan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu pada hari sabtu lepas .

Dalam pertandingan yang berlangsung semalam Exco Pas berkenaan tewas ditangan En Hussin Bustari. Lebih memalukan lagi Exco Pas berkenaan apabila En Hussin Bustari tidak hadir mesyuarat semalam, tetapi beliau boleh menang.



Exco Pas berkenaan hanya mendapat 17 undi sahaja, manakala En Hussin Bustari mendapat 87 undi.
Kalau kalah bertanding pilihanraya atau kalah bertanding jawatan dalam parti kita tak kisah.

Tapi kalah bertanding jawatan PIBG sungguh memalukan. Kalah pula dengan orang yang tak hadir mesyuarat.

Seingat saya belum pernah terjadi lagi dalam sejarah negara kita seorang YB kalah bertanding jawatan YDP PIBG.

Kebiasaannya ibu bapa dan guru-guru berebut-rebut nak lantik YB sebagai YDP atau Pengerusi PIBG.

Tambahan pula jika YB itu seorang Exco, lagilah mereka nak.

Dalam hal ini kita boleh lihat Exco tersebut tidak cerdik. Kalau dia seorang yang cerdik dia tidak akan bertanding sekiranya dia dicabar. Dia tak faham isyarat, kalau ada orang nak berlawan dengan dia maknanya orang dah tak suka kepada dia dan dia perlu tarik diri.

Itulah buktinya orang Pas gila jawatan. Dah jadi YB, jadi Exco dan pegang lagi jawatan-jawatan lain dalam kerajaan negeri atau anak-anak syarikat kerajaan negeri, tetapi dia masih nak menyibuk dengan jawatan PIBG lagi.

Nah ! ambil kau. Tamak punya pasal terus tersungkur.

Isyarat rakyat Kelantan sudah jelas sekarang. Jelas mereka sudah mula menolak dan muak dengan Pas.

Bersambung esok....

1 comment:

  1. Betul ka ni!!!!!
    Petanda masyarakat tidak menerima orang PAS ka?!!!
    Petanda masyarakat akan lari dari orang PAS ka??
    Petanda orang PAS memang sudah lesu!!!
    Petanda orang PAS bukan lagi kesukaan rakyat kelantan ka???
    Petanda orang PAS tak pandai memerintah ka??
    PIBG pun dah kalah..
    Mungkin ini betul sebab rakyat dah fed up dengan permainan PAS..

    ReplyDelete