Monday 11 April 2011

Rakyat Sarawak harus berfikir...


Pilihanraya DUN Sarawak agak memeningkan bagi sesetengah pengundi atas pagar di Bumi Kenyalang ini. Masing-masing kuat berfikir, yang mana satukah yang layak dipilih sebagai Kerajaan? Barisan Nasional, kah? Atau Pakatan Pembangkang?

Congak-congaknya, begini bunyinya...

Belum pun Pakatan Pembangkang mendapat kuasa politik, bermacam-macam pembohongan, penipuan, salah laku, penyelewengan, dan huru-hara yang telah dilakukan oleh PKR, DAP, PAS dan SNAP. Inikah bayangan Kerajaan yang wajar dipilih rakyat?

Belum pun Pakatan Pembangkang mendapat kuasa politik, mereka sudah bergaduh sesama sendiri. PAS bergaduh dengan DAP. PKR kononnya jadi "orang tengah", tapi PKR menyebelahi DAP. PAS sakit hati. PAS pendam rasa. PKR dan DAP terus meng"keldai"kan PAS. Macam tu sepakat ke??? Macam tu pun boleh namakan "Pakatan"???

Belum pun tubuh Kerajaan Pusat, masing-masing sudah bercakar sama sendiri berebut jawatan. Lihat saja negeri-negeri yang dijajah pembangkang, ramai yang bergaduh tak dapat jawatan. Selangor, Pulau Pinang, Kedah, malah Kelantan pun sama bergaduh.

Kit Siang nak jadi TPM, Karpal pun nak. Hadi pun nak jadi TPM, Mahfuz pun nak juga. Azmin pun nak juga jawatan TPM, Wan Azizah pun nak juga. Ramai-ramai la jadi TPM! Hancur Kerajaan lepas tu. Anwar senyum je sebab dia masa tu dah jadi PM. Orang lain nak bergaduh, lantaklah!

Kalau kita pilih dan undi pembangkang, maka maknanya kita memilih Anwar sebagai PM. Masih tak kenal siapa Anwar? Takkan tak kenal kot? Bukankah Anwar yang salahguna kuasa, bekas banduan, disahkan mahkamah sebagai peliwat, dan sekarang di dakwa dengan kesalahan jenayah pulak!

Takkan tak kenal Anwar kaki temberang tu? US pun dikelentongnya, apatah lagi rakyat Malaysia, senang-senang saja dia "auta". Dia syok-syok duduk selesa dikerusi PM, penyokongnya pula menderita tengok Malaysia kena jual pada Yahudi kelak!

Hakikat sebenarnya, memilih BN samalah dengan memilih perpaduan, pembangunan, kestabilan sosial dan ekonomi untuk dimakmurkan di negara ini. Memilih BN samalah dengan memilih jaminan kehidupan yang harmoni dan lebih baik untuk generasi akan datang.

Manakala memilih PKR, DAP, PAS dan pembangkang lain, samalah dengan memilih kehancuran negara, huru-hara, memundurkan tamadun, undang-undang mengikut perasaan dan kegagalan mentadbir ekonomi.

Masih ingat Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu? Dia hampir menjual negara ini kepada IMF. Dia hampir menjual negara ini kepada Yahudi. Ekonomi Selangor yang dulu maju, hampir muflis dikerjakan Anwar. Macam itukah individu yang mahu jadi PM? Pilihlah Anwar jika mahu lihat GAY di"halal"kan di Malaysia. Anwar mesti suka!

No comments:

Post a Comment