Friday, 15 April 2011

Sam Ketot..!!! Jangan kamu tunjuk samseng di tempat kami..!!!




Apa hak Sam Ketot untuk menghalang jentera BN berkempen? Tempoh berkempen masih lagi belum tamat. Apa hak Sam Ketot untuk merampas risalah kempen milik jentera BN? Risalah BN tersebut adalah untuk menyedarkan rakyat tentang pembohongan PKR di Sarawak. Apa hak Si Ketot ini untuk menghalang?

Panas hati penulis bila membaca di sini mengenai perangai samseng Shamsul Iskandar Mat Akin di tempat orang. Buat malu orang Semenanjung saja. Datang tidak berjemput, elok dihalau saja keluar dari Bumi Rentap ini. Budak Ketot tak sedar diri ini tidak layak untuk berada di sini.

Mujurlah penulis berada di Sibu. Jika penulis berada di Kuching dan di Restoran Nasi Ayam Penyet, Jalan Ajibah Abol tersebut, sudah tentu bertambah ketot si Sam Ketot ini dipijak.

Amaran dari rakyat Sarawak kepada Shamsul Iskandar. Jangan sesekali tunjuk samseng di Bumi Kenyalang ini. Jika tidak, silap-silap Sam Ketot ini tidak jumpa "jalan pulang" ke Semenanjung. Ini tempat kami, rakyat Sarawak. Jangan tunjuk samseng di rumah orang!

Shamsul orang Melayu, kami pun orang Melayu. Tapi kami tahu jaga tatasusila kami ditempat orang. Kadang-kadang jika kami ke Sarikei yang jaraknya hanya satu jam dari Sibu, kami tetap menghormati rakan-rakan kami di daerah itu.

Tidak seperti Sam Ketot yang datangnya dengan belon, tapi berani tunjuk lagak di negeri kami! Kami harap Sam Ketot tidak lagi berani berbuat demikian. Jangan hanya disebabkan kepentingan politik, Shamsul berkurang ajar di Bumi Kenyalang ini.

Ini bukan soal politik. Ini soal perangai, "attitude"! Memang kami orang BN. Tapi, jika kami bukan orang BN pun, dan Shamsul bersikap sedemikian di hadapan kami, rasanya mungkin bertabur gigi juga akibatnya.

Penulis pernah jua ke Semenanjung. Tapi penulis tidak pernah biadap atau berlaku kurang sopan di sana. Ingat, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Harap Sam Ketot terima teguran keras ini.

Perpaduan kaum dan etnik Sarawak lebih penting dari RACIST Violet Yong..!!!


Nampaknya budaya politik racist telah berjaya dibawa masuk oleh DAP dari Semenanjung ke Sarawak. Hasutan Violet Yong terhadap rakyat Sarawak, khususnya yang berbangsa Cina, ternyata bakal menghancurkan keharmonian dan perpaduan kaum serta etnik di Sarawak.

Violet Yong, ADUN Pending yang mewakili DAP, cuba menyemarakkan sentimen budaya politik perkauman apabila mempersoalkan mengapa hanya Melayu dan Melanau untuk menjadi Ketua Menteri. Dia berkata, kaum Cina harus memerintah Sarawak. Malah, dikhabarkan bahawa masyarakat Melayu dan Melanau harus dinyahkan dari terus menguasai Sarawak.

Sedarkah Violet Yong bahawa dia sedang bermain "api" yang bisa membakar dan merosakkan perpaduan kaum dan etnik di Sarawak? Apa perlunya dia bermain politik perkauman di Bumi Kenyalang ini?

Selama ini, pelbagai kaum dan etnik hidup bersatu. Meskipun terdapat segelintir dari mereka yang berbeza pendapat dan fahaman politik, namun hidup rakyat aman tanpa perasaan prejudis terhadap bangsa lain, termasuklah kaum Cina.

Mengapa perlu dia rosakkan keharmonian ini? Sudah tidak ada modal berkempen, kah? Mengapa perlu bermain isu sensitif yang mampu memporak-perandakan perpaduan kaum di Sarawak?

Siapa kata kaum lain selain Melayu dan Melanau tidak pernah menjadi Ketua Menteri? Apakah dia lupa bahawa bekas Ketua Menteri Sarawak sebelum ini, Stephen Kalong Ningkan berbangsa Iban! Itu jelas menunjukkan bahawa BN mengamalkan kesamarataan hak bagi kesemua kaum di Sarawak, khususnya kaum pribumi.

Mengapa perlu menyatakan bahawa kaum Cina tidak diberi peluang untuk menjadi pemimpin atau Menteri. Cuba lihat di Sarawak, begitu ramai Menteri dan Menteri Muda dipilih dari kaum Cina, sebangsa dengan Violet Yong. Itu menandakan kaum Cina juga diberi keutamaan.

Sebenarnya, Violet Yong cemburu kerana dia tidak pernah menjadi Menteri sebagaimana kaum Cina lain dari parti SUPP. Dari itu dia sengaja bermain sentimen perkauman busuk dengan meracun pemikiran kaum Cina di Sarawak.

Dia tidak menjadi Menteri kerana politiknya yang hanya tahu membangkang dan tidak tahu buat kerja. Apa yang Violet Yong buat ketika dia jadi ADUN Pending? Apa jasanya selain berpeleseran dan berpoya-poya dengan pemimpin lelaki DAP ke sana ke mari. Apabila tiba musim pilihanraya, baru dia jumpa rakyat untuk menghasut membenci Kerajaan, itu saja kerjanya di Pending.

Lihatlah betapa busuk hatinya Violet Yong terhadap kaum lain di Sarawak. Dia cuba mencetus huru-hara dikalangan kaum dan etnik Sarawak. Ada segelintir kaum Cina yang berjaya diracun pemikiran. Mereka ini perlu berfikir secara waras kembali.

Sesungguhnya, keamanan dan perpaduan kaum di Sarawak lebih penting berbanding sifat racist yang ada pada Violet Yong dan DAP. Rakyat Sarawak perlu menghargai dan menjaganya supaya tidak menjadi barah di Bumi Kenyalang ini. Violet Yong dan DAP harus ditolak habis-habisan!

Oleh: Biak Kacak!

Thursday, 14 April 2011

Apa kitak rasa mun kamek madah bapak kita cam "asuk"?


Nampaknya sifat pembangkang di Sarawak sudah semakin teruk. Banner di atas telah ditemui oleh penyokong-penyokong BN yang kebetulan lalu di kawasan Satok dan Tupong. Sebuah poster yang biadap, kurang ajar dan melampaui batas.

Apa pandangan pembaca terhadap "moral" poster berkenaan? Elokkah "moral"nya? Sesuaikah digunakan poster sebegini di Sarawak? Setahu penulis, budaya politik Sarawak tidak pernah biadap sebegini rupa.

Difahamkan, poster ini diilhamkan oleh balaci-balaci pembangkang yang datang dari luar Sarawak. Budaya ini datangnya dari Semenanjung. Poster-poster sebegini biasanya tidak pernah terdapat di Sarawak, namun sering dilihat dipamerkan oleh pembangkang di Semenanjung untuk mencetus provokasi BN di Semenanjung.

Amat biadap sekali. Itu pandangan dari perspektif budaya politik Sarawak. BN Semenanjung sudah biasa menghadapi serangan tidak bermoral begini.

Mahukah rakyat Sarawak menerima budaya politik pembangkang sebegini? Menyamakan Pehin Seri sebagai "pusak" adalah sangat tidak bermaruah. Apatah lagi Taib Mahmud banyak menabur jasa di Sarawak. Apa pula jasa pembangkang selain mengutuk BN?

Sepatutnya, rakyat menolak agenda politik sebegini. Belum pun memerintah, pembangkang sudah memperlihatkan moral yang sangat rendah. Ini adalah contoh tidak baik kepada anak-anak yang melihat poster berkenaan.

Pembangkang seolah-olah mempromosikan politik kebencian yang melampau. Di Semenanjung, isu itu sudah lama diketahui. Pembangkang memang biadap dan kurang ajar di sana. Namun di Sarawak, budaya politiknya berlainan dan jangan samakan dengan Semenanjung pula.

Anwar "tuuutttt..." Shamsidar lepas mesyuarat kabinet...???!!!


Meskipun hujan turun dengan lebat, penduduk Kampung Bandung di N.49 DUN Nangka tidak berganjak untuk terus mendengar ceramah dan pendedahan panas Ummi Hafilda mengenai "kisah gelap" Anwar, Azmin dan Shamsidar!

Setelah gagal mengesan Anwar pada musim kempen pilihanraya Sarawak kali ini, Ummi yang sudah seminggu berkampung di Bumi Kenyalang ini begitu aktif berceramah bagi memperkenalkan kepada rakyat Sarawak tentang "siapakah Anwar sebenarnya di sebalik tabir".

Pada ceramahnya malam tadi, Ummi mendedahkan bahawa ketika Anwar berjawatan Timbalan Perdana Menteri, dia akan bertemu dengan Shamsidar di kondo mewah, pada pukul 5.30 petang hingga 7.30 maghrib, setiap hari Rabu, selepas mesyuarat kabinet!!!

Memang hebat Anwar! Mungkin setelah stress pada mesyuarat kabinet, dia minta "diubatkan" oleh Shamsidar. Paling menarik, abangnya Azmin pun tahu "aktiviti" isteri dan "boss"nya itu. Tapi, biasalah..Azmin tak marah. Maklumlah, "american lifestyle"lah katakan!

Ummi mendakwa Shamsidar dibawa oleh sebuah kereta mewah bernombor WBV 37, milik bekas kawan karib "cium molot" Anwar, Nallakaruppan, dan dibawa ke kondo mewah di Bangsar.

Ini rupanya kerja kamu masa jadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar? Itu baru Timbalan PM, kalau sudah jadi PM, entah lagi dahsyat kelakuan dan tabiatnya. Entah-entah setiap mesyuarat kabinet dia nak mesyuarat dia nak perempuan (lelaki pun boleh) duduk kat sebelah dia. Tak ada perempuan dia tak boleh mesyuarat!!!

Wednesday, 13 April 2011

Kalau sesiapa jumpa Lim Kit Siang, sila tanya soalan ini...


Penulis dikhabarkan bahawa Lim Kit Siang bakal ke Kuching untuk menghasut masyarakat Cina di sana untuk membenci kaum bumiputera dan bersikap chauvinis ultra kiasu sepertinya. Penulis tidak menghalang, pergilah!

Ini negara demokrasi. Jika tiada halangan dari masyarakat Cina yang bakal dilawati Kit Siang, silalah berkunjung ke Kuching. Namun, jangan terkejut sekiranya ahli politik tertua dalam sejarah Malaysia itu bakal dikejutkan dengan soalan "cepumas" dari penduduk setempat atau wartawan!

Janganlah pula "sentap" atau merajuk jika menerima soalan "misteri" dari beberapa pihak yang teruja ingin tahu. Biasalah, sebagai "mastermind" DAP tentunya tidak boleh lari dari "gossip panas"! Macam artis la pulak...

Baru-baru ini beberapa blogger telah mendakwa bahawa Lim Kit Siang yang sudah tua kerepot itu mempunyai seorang "mistress" atau "concubine", atau dalam bahawa Melayunya, "gundik" atau "perempuan simpanan".

"YB Kit Siang, err..errr..."Mommy Foo" tu siapa?", jangan pula buat-buat terkejut pula jika soalan ini terpacul dari mulut "peminat"! Jangan pula Kit Siang jawab "Mommy Foo" itu Ketua Staf DAP PJ. Itu semua orang dah tahu...

"Tapi, ye lah! Siapa "Mommy Foo" itu? "Mak tiri" Guan Eng, kah? Tak bawa sekali berkempen ke Sarawak, kah? Dah berapa lama "simpan"? Err...dah tua kerepot muka pun tak hensem macam YB pun ada yang "jatuh cinta"kah? Oh! Mungkin "dia" suka pada rambut berminyak sikat tepi YB tu kot???"

Lagi satu, rumah "Mommy Foo" tu di Seremban, kah? Yang kena "raid" dengan SPRM masa malam Teoh Beng Hock kena soal siasat itu, kah? Wah! "Masyukkk" lah, patut pun "dia" sayang pada YB Kit Siang. "Pandai bela kasi makan" rupanya! Boleh kongsi tips?

Kepada masyarakat Cina di Kuching, dan amnya di seluruh Sarawak, kalau rasa nak berjumpa dengan Kit Siang nanti, jangan lupa tanya soalan-soalan di atas. Jangan takut, Kit Siang itu pendek saja. Tangan dia tak sampai untuk menampar anda semua.

Kalau dia marah-marah macam Anwar tempohari, maka faham-fahamlah. Jawapannya "Ya" lah tu! Iyalah, mana ada orang nak mengaku "berak tengah jalan"! Takkanlah Kit Siang nak mengaku kenal rapat dan jalin hubungan sulit dengan "Mommy Foo"?

Alahh..kalau betul pun, apa salahnya. Bukan orang lain, "mak tiri" Guan Eng jugak, kan? Kan? Kan? Kan? Kita lihat siapa yang kenaaaaaa...!!!

Tuesday, 12 April 2011

Tak pernah jadi ADUN, ada hati nak jadi Ketua Menteri??? Cermin la muka tu dulu...!!!


Baru-baru ini Anwar yang dipercayai pernah berlakon sebagai "lelaki bertuala putih" telah mengumumkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya pembangkang menang pada Pilihanraya DUN Sarawak kali ini.

Heh! Siapa Baru Bian? Pernahkah dia menang pilihanraya? Pernahkah dia masuk menyertai sidang DUN Sarawak? Pernahkah dia berbahas di dalam Dewan? Pernahkah dia berjasa kepada seluruh rakyat Sarawak?

Baru Bian hanya seorang lawyer. Sebagai seorang lawyer, tentunya dia seorang yang licik berkata-kata, pandai memutar belit kata dan pandai memberikan alasan. Jika tidak bagaimana dia nak "menggoreng" kes di depan hakim?

Percayakah anda kepada seorang lawyer seperti Baru Bian? Baru Bian tidak lebih seperti Ambiga, Lathifah Kooya, Zaid Ibrahim, Karpal, Gobind yang lawyer-lawyer lain yang menyokong pencabul seperti Anwar! Tentulah mereka sokong Anwar sebab mereka kaya mendapat komisyen mempertahankan seorang yang disahkan "peliwat" oleh mahkamah! Tinggi bayarannya..!!!

Baru Bian ni pula, tak pernah menang pilihanraya. Kalahhh...je memanjang! Sudah 2 kali dia bertanding, dua-dua bungkus! Kali ini dia fikir dia mampu menang. Maklumlah, ada Anwar dibelakangnya kali ini. Biasalah, Anwar kan suka main belakang!

Oleh kerana dia asyik kalah bertanding, maka tentulah dia tidak ada pengalaman langsung masuk DUN Sarawak. Entah pernah masuk dewan ke tidak? Kalau masuk pun sekadar jadi pemerhati saja kot? Tak pun dia jadi "coffee boy" untuk ADUN DAP..?!!!

Habis tu, macamana nak jadi Ketua Menteri ni kalau DUN pun tak pernah masuk? Tahu ke angkat sumpah kat Dewan tu? Bukan macam angkat sumpah kat mahkamah tau. Kat DUN ada protokol, ada tatatertib yang perlu dipatuhi. Jangan ikut style Nizar, Nga & Ngeh tiga sahabat tu pulak! Kang tak pasal-pasal je kena halau keluar...

Tak pernah jadi ADUN pun Anwar ada hati nak letak Baru Bian jadi CM? Gila ke apa? Lantik Baru Bian jadi CM, bagaikan melantik seorang pengawal jadi kapten pergi perang. Habis anak-anak buah mati kena tembak pasal kaptennya tak tau berperang! Tau pegang senjata saja, tapi nak tembak pun menggigil-gigil!

Err..Anwar suka-suka mak bapak dia saja nak letak Baru Bian jadi CM, SNAP dah bagi kebenaran ke? Dan bagi tahu SNAP ke? Tak malu betul si Anwar ni, dah la datang dari luar, dah tu nak naikkan nama orang dia jadi CM? So, senanglah nak kebas duit negeri Sarawak tu? Alaaa..bukan orang tak boleh baca niat dia tu..kat Selangor buktinya!!!

Confident betul Anwar nak lantik Baru Bian jadi CM. Padahal belum tentu PKR menang majoriti pilihanraya DUN Sarawak ni. Kalau PKR hanya menang 1 - 2 kerusi DUN saja macamana??? Nak lantik Baru Bian jadi CM jugak? Paloiiii...!!!!!

Monday, 11 April 2011

Kejutan untuk Anwar di Sarawak..???


Petang semalam, puas rakan-sakan berhubung di antara satu sama lain bertanyakan dimanakah lokasi terkini Anwar Ibrahim berada. Dari satu kawasan ke satu kawasan dihubungi. Dari satu DUN hingga ke satu DUN yang lain. Namun, Anwar masih gagal dipastikan kedudukan lokasi sebenarnya.

Jangan risau, kami mencari Anwar bukan untuk bertanyakan tentang jam tangan Omeganya. Kami mencari Anwar kerana ada "beberapa individu" yang mengejarnya. "Individu-individu" itu datang jauh dari Semenanjung. Katanya, "mereka" nak cabar Anwar dan bersumpah akan me"londeh" semua "kisah-kisah gelap" penipu antarabangsa itu!

Nak tahu siapa yang mengejar Anwar? Mereka adalah Nallakaruppan (bekas tukang arrange Anwar berpoya-poya dengan lelaki jambu/wanita), Ezam Mohd Noor (bekas orang no.1 Anwar yang teraniaya dan sudah insaf), dan Ummi Hafilda (adik kandung Azmin Ali!).

Kata mereka, rakyat Sarawak tidak banyak tahu tentang latar belakang Anwar yang sebenar. Oleh kerana mereka ini sanggup mati & sangat rapat dengan Anwar dan Azmin suatu masa dahulu dan kini mereka sudah insaf, mereka ingin memperbetulkan kesilapan masa lalu dengan mendedahkan tentang siapakah Anwar di sebalik tabir.

Akhirnya, sudah malam, barulah rakan-rakan berjaya mengesan dimanakan penipu besar dari Semenanjung itu berada. Ketika di kesan, Anwar berada di Tupong, menjaja cerita tipunya pada rakyat Sarawak. Tak tahulah rakyat di Tupong tertipu atau tidak.

Menurut rakan-rakan, Nallakarupan, Ezam dan Ummi berazam untuk turut berada di mana saja lokasi Anwar berada. Namun mereka akan ada di pentas yang berlainan. Mungkin kerana cabaran mereka untuk berdebat dengan Anwar ditolak "pondan tua" itu sebelum ini, maka mungkin ini adalah salah satu usaha mereka untuk berdebat dengan Anwar.

Sebelum ini, hanya Ezam saja yang berkesempatan untuk berdebat di Sarawak. Itu pun dengan Azmin saja. Azmin tak best di ajak berdebat, dayusnya mengalahkan "pondan tak laku"! Teruk Azmin di belasah Ezam di Kampung Boyan/Gersik.

Harapnya, Ezam, Nalla & Ummi sempat mengejar Anwar dalam masa-masa terdekat ini. Hanya tinggal lebih kurang 4 hari saja lagi. Kalau jumpa dengan Anwar, jangan lupa beritahu kami di mana Anwar berada. Selepas itu, siaplah Anwar di"londeh"kan sampai tak berani tunjuk muka lagi di Sarawak...

Tahu di mana Anwar berada sekarang???